Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat : 11 April 2015

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak turut menyertai kayuhan bersama peserta yang hadir.

IPOH, 11 APRIL 2015 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menyertai kayuhan bersama rakyat sejauh 8 kilometer di dalam program Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat.

Walauupun hujan lebat, program kayuhan ini berjaya menarik penyertaan hampir 2000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli kelab basikal Negeri Perak, wakil jabatan-jabatan kerajaan, dan masyarakat setempat.

Program yang julung kali diadakan ini turut disertai DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ; YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir dan isteri; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan ; barisan Exco Kerajan Negeri dan Dato Bandar Ipoh, Dato’ Harun bin Rawi.

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat merupakan acara anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diadakan bersempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-27 pada 27 Mei 2015.

Selain aktiviti kayuhan, MBI turut menganjurkan pertandingan basikal hiasan LED yang menawarkan wang tunai RM 1,000 bagi tempat pertama, RM750 kedua dan RM500 bagi tempat ketiga.

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

 Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Dataran Ipoh Perak.

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

Antara peserta yang hadir bagi  menyertai program Kayuhan Muhibbah bersama rakyat.
 

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

DYMM Paduka Seri Sultan Perak serta Raja Permaisuri Perak bersalaman bersama peserta yang hadir.

Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat

Antara peserta yang hadir bagi menyertai program Kayuhan Muhibbah bersama rakyat.
Kayuhan Muhibah Bersama Rakyat Antara peserta yang hadir bagi  menyertai program Kayuhan Muhibbah bersama rakyat.

Sumber: Korporat, SUK Perak.