DYMM Sultan Perak Lancar Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama Dan Hikayat Misa Melayu : 4 Mei 2015

Pameran

IPOH, 4 MEI 2015 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli ke Dewan Bandaran Ipoh bagi melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Sejarah Misa Melayu sempena Pertabalan DYMM Sultan Perak ke-35.

Baginda hadir bersama-sama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan kedua-dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Pameran anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan ini mempunyai 14 segmen pameran iaitu antaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang. Pameran ini juga menyediakan sudut buku berkaitan institusi diraja yang dibawa dari Perpustakaan Bernama dan Perpustakaan Negeri Perak.

Berangkat sama pada majlis tersebut, DYAM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta DYAM Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, DYTM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta DYTM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim yang diiringi oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir dan YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek.

Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Sejarah Misa Melayu sempena Pertabalan DYMM Sultan Perak ke-35 ini turut dibuka kepada orang ramai pada setiap hari bermula 4 Mei sehingga 4 Jun 2015 jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Pameran

Pameran

Pameran

Pameran

Pameran

Sumber: Korporat, SUK Perak.