Ceramah Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan : 16 April 2015

Ceramah Integriti

IPOH, 16 April 2015 – “Iman Asas Integriti” merupakan tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Danial bin Don Biyajid sempena program Ceramah Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah berlangsung pada 16 April 2015 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Lebih daripada 1,000 orang warga perkhidmatan awam seluruh Negeri Perak telah menghadiri program tersebut.

Antara intipati ceramah adalah iman membawa maksud percaya dan integriti bermaksud amanah. Jika kita berpegang teguh pada Rukun Iman, maka InsyaAllah kita pasti akan berintegriti dalam setiap tindak tanduk kita. Firman Allah S.W.T., manusia merupakan sebaik-baik penciptaan daripada sekalian makhluk dan dijadikan daripada tanah, sumber yang paling suci. Oleh itu, tidak wajarlah kita melakukan perkara-perkara yang tidak berintegriti.

Penceramah telah membawa beberapa kisah yang baik untuk diteladani seperti kisah kelahiran Nabi Musa A.S., kisah para sahabat Rasulullah S.A.W., kisah di zaman Nabi Sulaiman A.S., kisah Telaga Barhud dan kisah cucunda Rasulullah S.A.W. iaitu Hasan dan Husin.

Kesimpulan daripada kisah-kisah tersebut adalah tanpa iman adalah sukar untuk berintegriti. Namun dalam berintegriti, kita perlu menjaga silaturrahim. Sebagai manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, kita perlu ada sedikit tolak ansur dan belas kasihan. Rasulullah S.A.W. menjadi contoh integriti terbaik untuk kita ikuti kerana baginda sangat amanah dan pada masa yang sama sangat mementingkan silaturrahim.

Penceramah mengakhiri ceramah beliau dengan memberi beberapa panduan untuk menegur ketua atau orang yang lebih tua dengan cara yang lebih berintegriti seperti berikut:

Ceramah Integriti

 

Para peserta khusyuk mendengar ceramah.

Ceramah Integriti

 

Ustaz Don bersama-sama Dato’ Haji Razali Bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Puan Nor Sham Binti Rahman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Ceramah Integriti

Bergambar kenangan bersama-sama sebahagian daripada Urus Setia.

 

Sumber: Korporat, SUK Perak.