Penjawat Awam Perlu Meneliti Kesahihan Maklumat Yang Diperolehi : 11 Jun 2015

Dialog
YBhg. Dato' Razali bin Othman menyampaikan ucapan perasmian sempena  Program Dialog Isu Semasa Negara 2015.

IPOH, 11 Jun 2015 – YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Razali bin Othman ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Dialog Isu Semasa Negara 2015 menyeru penjawat awam agar meniliti sesuatu maklumat yang diperolehi terlebih dahulu sebelum menerimanya bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah akibat perkongsian maklumat-maklumat palsu.

“Penjawat awam perlu sentiasa meneliti kesahihan maklumat-maklumat yang diperolehi, jangan terus bertindak".

Ini merupakan cabaran penjawat-penjawat awam pada hari ini. Ia perlu ditangani dan jika tidak ditangani sebaiknya akhirnya boleh menimbulkan masalah. ” kata YBhg. Dato’ Razali bin Othman.

YBhg. Dato’ Razali bin Othman berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan sistem teknologi telekomunikasi pada masa kini yang semakin berkembang luas tanpa sempadan sehinggalah setiap maklumat itu dapat dikongsi dengan mudah kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

“Keupayaan pencapaian maklumat yang begitu mudah pada ketika ini berjaya membentuk satu masyarakat negara yang berinformasi. Kesan daripada keadaan ini, ia melahirkan generasi yang bebas yang berfikir, masyarakat yang bebas menyuarakn pandangan dan juga masyarakat bebas untuk berkongsi maklumat. Maklumat ini jika tidak ditapis, kalau tidak dinilai ianya boleh menimbulkan ketegangan dan juga keadaan perkongsian maklumat tanpa batasan".

Dan ini berkemungkinan boleh mewujudkan perkongsian maklumat-maklumat palsu, maklumat-maklumat yang tidak sahih, maklumat-maklumat yang tidak benar dan kesannya boleh menggangu ketenteraman komuniti.” kata YBhg. Dato’ Razali bin Othman.

Program Dialog Isu Semasa Negera 2015 yang diadakan di Dewan Bakuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan berlangsung hampir 8 jam bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Program Dialog Isu Semasa Negera 2015 dibahagikan kepada 3 sesi iaitu Sesi 1 : Isu- Isu Semasa, Sesi 2 : Isu-Isu Perlembagaan Persekutuan dan Sesi 3: Isu-Isu Ekonomi.

Program dialog ini turut menjemput beberapa panel-panel bepengalaman seperti YBhg. DSP Ahmad Norisham, Pegawai Siasatan Cawangan Khas Bukit Aman; YBhg Dato’ Rosli Abbas, Ketua Pengarah, Bhg. Penyelidikan & Keurusetian, Cawangan Khas, PDRM; Ybrs En Zainal Rashid Ahmad , Pengurus Besar, Penerbitan Sosial, Politik& Ekonomi TV Al-Hijrah dan YBhg Prof Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang- Undang& Politik, Institut Kefahaman Islam (IKIM).

Dialog

YBhg. DSP Ahmad Norisham membentangkan isu  kumpulan militan Negara Islam (IS) di Negara Malaysia.

Dialog

YBhg Datuk Ibrahim Yahya,  bekas CEO Bernama TV menjadi moderator sesi 1 iaitu Forum Isu-Isu Semasa.

Dialog

Ketua-ketua jabatan dan orang ramai hadir ke Dewan Bankuet bagi mendengar Dialog Isu Semasa Negara 2015.

Dialog

Ketua Polis Perak, Dato' Osman Salleh turut hadir ke Dewan Bankuet bagi mendengar Dialog Isu Semasa Negara 2015.

 Sumber: Korporat, SUK Perak.