Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Disambut Meriah : 29 Julai 2015

jamuan
YAB Menteri Besar bergambar bersama warga Bahagian Khidmat Pengurusan.

IPOH , 29 JULAI 2015 - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Perak Tahun 2015 yang diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak, disambut meriah dengan kehadiran hampir 1,000 orang tetamu terdiri daripada kakitangan awam Negeri Perak.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir dan isteri, YABhg. Datin Seri DiRaja Saripah yang turut meluangkan masa hadir ke majlis jamuan hari raya tersebut.

Hadir sama, YB Yang Dipertua Speaker Perak, Dato’ Seri S.K. Devamany, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan isteri, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah binti Mohamad, YB Penasihat Undang- Undang Negeri, YB Puan Rohana binti Abd. Malek, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali bin Jalal dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2015 kali ini menyediakan berbagai juadah makanan untuk tetamu yang hadir seperti roti jala, lemang, ketupat rendang ayam, murtabak ayam, putumayam, lontong, mee rebus, laksa pangkor, kuey teow goreng , ais krim, ais kacang, cendol, dan kambing golek.

Turut diadakan pada majlis jamuan kali ini, Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Persembahan Karaoke ‘The Voice Of Aidilfitri 2015’. Bagi pertandingan gerai tercantik, Bahagian Muzium dinobatkan sebagai pemenang dengan hiasan kreatif yang ditampilkan, diikuti tempat kedua dari Pejabat YAB Menteri Besar dan gerai dari Bahagian Kewangan SUK Perak dipilih selaku pemenang bagi tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Persembahan Karaoke pula, Mohd Hasmunir bin Mohd Pizan dari Pejabat YAB Menteri Besar yang mendendangkan lagu Lambaian Aidilfitri dipilih selaku johan pertandingan menewaskan enam peserta lain yang mengambil bahagian. Amnika Suhailin binti Amran dari Taska Permata SUK dipilih selaku naib johan manakala Mohd Shahrul Adzhar bin Ismail dari Bahagian Protokal dipilih selaku pemenang tempat ketiga.

jamuan

YAB Menteri Besar beramah mesra bersama warga kakitangan SUK Perak.

jamuan

Gerai unit Perancang Ekonomi (UPEN) yang menyediakan pelbagai jenis sate untuk tetamu yang hadir.

jamuan

YAB Menteri Besar dan isteri menikmati juadah di gerai Pejabat Penasihat undang-Undang.

jamuan

YAB Menteri Besar memberi juadah pada tetamu yang hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya SUK Perak 2015.

jamuan

YAB Menteri Besar bergambar bersama kakitangan Pengurusan Sumber Manusia.

Sumber: Korporat, SUK Perak.