Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Berpotensi Untuk Dibangunkan Sebagai Kawasan Ekopelancongan - YAB MB Perak : 6 Ogos 2015

Majlis Pecah Tanah Sekolah Tahfiz
Antara spesis burung yang terdapat di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai.

SUNGKAI, 6 OGOS 2015 - Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) yang terletak di Sungkai berpotensi untuk dibangunkan menjadi salah satu kawasan ekopelancongan dan pusat rujukan hidupan liar di Negeri Perak.

“Kerajaan negeri telah maklumkan kepada pihak kementerian sebelum ini untuk membangunkan kawasan ini kerana kita lihat potensi ini sangat besar dari segi prasarana-prasarana bagi dijadikan tempat rujukan hidupan liar peringkat kebangsaan.” kata YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika lawatan beliau ke pusat santuari berkenaan.

YAB Menteri Besar berkata, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, mencapai taraf antarabangsa kerana menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, apa yang terdapat di NWRC dan PKHL ini tidak kurang nilainya berbanding pusat santuari di luar negara.

Hadir sama mengiringi lawatan YAB Menteri Besar Perak ialah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi; Ketua Pengarah Perhilitan , Dato’ Abdul Rashid Samsuddin dan Ketua NWRC, Ahmad Azhar Mohamad.

Terdahulu YAB Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir diberi taklimat dan meninjau pusat itu yang menempatkan beberapa haiwan liar termasuk 22 harimau, beruang matahari, rusa sambar dan seladang.

Pada taklimat yang diberikan, Ketua NWRC, Ahmad Azhar Mohamad berkata, sebanyak RM 18 juta dirancang bagi membangunkan kedua-dua pusat yang berkeluasan kira-kira 2,468 hektar terletak di dalam rezab hidupan liar itu.

NWRC merupakan satu-satunya pusat menyelamat hidupan liar yang terdapat di negara ini dan diwujudkan pada 2012.

Majlis Pecah Tanah Sekolah Tahfiz

YAB Menteri Besar Perak melihat hidupan liar yang sedang dirawat di pusat berkenaan.

Majlis Pecah Tanah Sekolah Tahfiz

YAB Menteri Besar Perak melawat kawasan pemuliharaan seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai.

Majlis Pecah Tanah Sekolah Tahfiz

YAB Menteri Besar Perak diberi taklimat ketika meninjau pusat NWRC dan PKHL yang menempatkan beberapa haiwan liar.

Sumber: Korporat, SUK Perak.