Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Perak dan Oratis Rx Sdn. Bhd. Untuk Melaksanakan Penggunaan Electronic-Medical Automated Supply System (e-MASS) : 26 Oktober 2015


Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Perak dan  Oratis Rx Sdn. Bhd. Untuk Melaksanakan Penggunaan Electronic-Medical Automated Supply System (e-MASS)
YB Dato Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan Pengerusi Oratis Rx Sdn Bhd Dato Dr Ismail Alias bertukar dokumen selepas selesai majlis MoU.

IPOH, 26 OKTOBER 2015 - Kerajaan Negeri Perak, menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan penggunaan Electronic-Medical Automated Supply Sytem (e-MASS) bagi memudahkan pesara dan pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Perak serta tanggungan yang layak untuk mendapatkan bekalan ubat atau alatan perubatan yang tidak dibekalkan oleh hospital atau klinik kerajaan.

Majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) ini disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan selaku wakil Kerajaan Negeri Perak dan En. Mohamed Salahudeen bin Sahul Hamid, mewakili Oratis Rx Sdn Bhd. (yang dahulunya dikenali sebagai Oratis Services Sdn. Bhd.) di Bilik Mesyuarat 1A, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Menurut YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, penggunaan e-MASS dapat memudahkan lebih 5,000 pesara kerajaan negeri di seluruh Perak.

“Matlamat kita untuk meringankan beban pesara dan mereka tidak lagi perlu membuat tuntutan selepas mendapatkan bekalan mahupun peralatan perubatan di farmasi seperti sebelum ini.” kata Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan. 

Turut hadir ke majlis tersebut, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak Dato Haji Mohd. Gazali bin Jalal dan Pengerusi Oratis Rx Sdn Bhd Dato Dr Ismail Alias.

e-MASS merupakan sistem yang dikendalikan oleh Oratis Rx Sdn. Bhd. sebagai perantara bagi kemudahan tersebut. Menerusi sistem ini, pesara dan juga pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Perak serta tanggungan yang layak tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan terlebih dahulu bagi kemudahan perubatan yang tidak disediakan oleh hospital / klinik kerajaan. Untuk maklumat lanjut dan semakan kelayakan boleh berhubung terus dengan Oratis Rx Sdn Bhd di talian 1 800 88 6627.

Sebagai permulaan, kemudahan perubatan melalui e-MASS akan dilaksanakan kepada pesara Pegawai Kerajaan Negeri Perak, ahli dan bekas ahli Dewan Undangan Negeri Perak serta tanggungan mereka yang layak. Kemudahan ini juga akan diperluaskan kepada pegawai yang sedang berkhidmat dan juga rawatan dialisis di masa akan datang.

Kerjasama yang dijalinkan dengan Oratis Rx Sdn. Bhd. membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam menjaga kebajikan anggota kerajaan negeri.

Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Perak dan  Oratis Rx Sdn. Bhd. Untuk Melaksanakan Penggunaan Electronic-Medical Automated Supply System (e-MASS)

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, menyampaikan kata-kata aluan sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaksanaan Electronic Medical Automated Supply Sytem (e-MASS). 

Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Perak dan  Oratis Rx Sdn. Bhd. Untuk Melaksanakan Penggunaan Electronic-Medical Automated Supply System (e-MASS)

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan menandatangi MoU antara Kerajaan Negeri Perak bersama pihak Oratis Rx Sdn. Bhd.

Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Perak dan  Oratis Rx Sdn. Bhd. Untuk Melaksanakan Penggunaan Electronic-Medical Automated Supply System (e-MASS)

Pengerusi Oratis Rx Sdn Bhd Dato Dr Ismail Alias semasa sidang media selepas selesai majlis tersebut

Sumber: Korporat, SUK Perak.