SUK Perak Johan Sukan Petanda 2016 : 16 Mei 2016

Sukan PETANDA

IPOH, 16 MEI 2016 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) yang tampil buat kali pertama di dalam Kejohanan Sukan Pejabat Tanah dan Daerah (PETANDA) 2016 muncul juara keseluruhan apabila dipilih pasukan terbaik daripada 13 pasukan yang mengambil bahagian.

Daripada 11 sukan yang dipertandingkan, SUK Perak yang dijemput sebagai pasukan jemputan berjaya menjadi johan bagi 10 kategori sukan iaitu iaitu boling, bola sepak, bola tampar, ping pong, sepak takraw, futsal, bola jaring, badminton, karom dan dart, manakala bagi sukan mini golf, SUK Perak sekadar berpuas hati berada di tempat kedua.

YAB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai, Pengurus, Jurulatih dan Pemain Kejohanan Sukan Petanda 2016 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan SUK Perak yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kemenangan.

YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika ucapan beliau turut berpesan agar setiap pemain- pemain SUK Perak agar tidak leka dengan pencapaian yang telah mereka capai di Kejohanan Sukan PETANDA 2016 sebaliknya meneruskan komitmen dan semangat bagi menghadapi Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia yang bakal berlangsung pada 21-25 September di Johor.

Menurut YB Setiausaha Kerajaan Negeri, setiap pemain perlulah berusaha mempertingkatkan prestasi bagi menghadapi Sukan SUK Se-Malaysia yang akan datang seperti mempertingkatkan latihan, fokus serta meletakkan sasaran yang ingin dicapai.

Menurut beliau, setiap permain perlulah mempunyai sikap taat setia untuk menaikan nama SUK Perak setelah dipilih menjadi pemain kerana menurut YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, maruah pasukan dan negeri adalah lebih penting berbanding individu.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

Sumber : Korporat, SUK Perak.