Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar : 4 Jun 2016

Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar
YBhg. Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Dato' Ir. Mohd. Yusof Bin Mohd Isa ketika memberikan ucapan sempena majlis Pelancaran Operasi Loji Rawatan Air, Kampung Senawar.

KUALA KANGSAR, 4 JUN 2016 - Loji Rawatan Air (LRA), Kampung Senawar yang bernilai RM 46.2 juta merupakan usaha kerajaan negeri dalam menampung keperluan penggunaan air di Kuala Kangsar dan sekitarnya kerana ia berupaya menjana sebanyak 66 juta liter air dalam sehari.

“Pembinaannya adalah komitmen kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) untuk menyediakan keperluan air bukan sahaja untuk tempoh masa kini tapi masa akan datang.

“Ini kerana kita jangkakan sehingga tahun 2030, keperluan air di Kuala Kangsar akan meningkat kepada 60 juta liter sehari. Namun, dengan adanya loji ini, kita boleh jana lebih daripada itu iaitu kapasiti 66 juta liter sehari,” kata YAB Menteri Besar Perak selepas majlis Pelancaran Operasi LRA Kampung Senawar.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir juga berkata dengan pembinaan loji ini ia dapat mengurangkan kebergantungan sumber air daripada loji rawatan air sedia ada iaitu Kota Lama dan Padang Rengas.

Turut hadir ke majlis Pelancaran Operasi Loji Rawatan Air, Kampung Senawar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Gazali Bin Jalal; YBhg. Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Dato’ Ir. Mohd. Yusof Bin Mohd Isa; dan barisan ADUN Kerajaan Negeri.

Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika lawatan ke LRA Kampung Senawar, Kuala Kangsar.

Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir diberi taklimat oleh Pengurus Besar Lembaga Air Perak mengenai LRA Kampung Senawar.

Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir menandatangi buku ketika majlis perasmisan sambil diperhatikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.
Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar YAB Menteri Besar Perak melihat operasi pemantauan LRA Kampung Senawar di bilik operasi.
Loji Rawatan Air Baharu Penuhi Keperluan Penggunaan Air Di Kuala Kangsar YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir memotong riben sebagai gimik Pelancaran Operasi Loji Rawatan Air, Kampung Senawar.

Sumber : Korporat, SUK Perak.