Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016 : 15 Jun 2016

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyerahkan bungkusan juadah raya kepada wakil-wakil anggota keselamatan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 15 JUN 2016 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kerajaan Negeri Perak akan mengagihkan sejumlah 18,096 kotak juadah raya kepada 27 pasukan keselamatan di Negeri Perak termasuk, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) – 2,000 kotak; Pasukan Gerakan Am (PGA) – 926 kotak; Pasukan Polis Marin (PGM) – 110 kotak; Markas 2 Briged – 5,150 kotak; Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) – 106 kotak; Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) – 1,097 kotak; Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) – 50 kotak; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) – 350 kotak; Jabatan Bomba dan Penyelamat – 1,150 kotak; Jabatan Kesihatan – 4,980 kotak; Jabatan Imigresen – 148 kotak; Jabatan Kastam Di Raja – 300 kotak; Jabatan Penjara Taiping – 180 kotak; Kem Tahanan Taiping / Pusat Koreksional Kamunting – 103 kotak; Jabatan Penjara Tapah – 320 kotak; Jabatan Penjara Batu Gajah – 256 kotak; Jabatan Pertahanan Awam – 500 kotak dan RELA sebanyak 370 kotak.

Proses pembungkusan melibatkan seramai 1,050 orang daripada pasukan keselamatan termasuk BAIDURI, PUSPANITA, MAKSAK dan KESEDAR. Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa badan lain seperti Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, BAKAT, PERKEP, Pandu Puteri Negeri Perak, Pergerakan Puteri Islam Negeri Perak dan Srikandi Persatuan Veteran ATM (PVATM).

Bahan-bahan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya adalah rendang tok, serunding, kuah kacang, beras dan kopi.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016

Ketua-ketua jabatan dan tetamu yang hadir ke Majlis Penyerahan Juadah Raya berdiri menyanyikan lagu Negaraku sebelum majlis penyerahan bermula.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016

Antara dif-dif kehormat yang hadir bagi meriahkan lagi Majlis Penyerahan Juadah Raya kepada Pasukan Keselamatan.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016

Anggota keselamatan yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai bersama YAB Menteri Besar Perak selepas selesai majlis.
Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016 Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri turut hadir dan terlibat sama proses pembungkusan juadah raya di Dewan Bankuet, SUK Perak.
Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2016 YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat bungkusan juadah raya yang diserahkan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sumber : Korporat, SUK Perak.