Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Perak Disambut Meriah : 6 Julai 2016

Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.

IPOH, 6 JULAI 2016 - Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2016 yang disambut di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak bermula pada jam 2.30 petang hingga 6.00 petang disambut meriah apabila menerima kunjungan hampir 10,000 rakyat berbilang agama dan bangsa bagi memeriahkan sambutan 1 syawal 1437H/2016M.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan isteri, YABhg. Datin Seri DiRaja, Saripah Zulkifli turut menyampaikan duit raya kepada pengunjung yang hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada kali ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama  DYMM  Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berangkat hadir bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2016. Baginda turut mencemar duli menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis sambutan rumah terbuka tersebut.

Turut berangkat hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2016, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafaar Raja Muda Musa bersama DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir; YBhg. Yang DiPertua Dewan Negeri, Dato’ Sri S.K Devmany; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri.

Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah

Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kira-kira jam 4.00 petang.

Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah

DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafaar Raja Muda Musa  turut berangkat hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2016.

Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah

DYAM Raja DiHilir Perak mencemar duli bersalaman bersama pengunjung yang hadir ketika menyambut keberangkatan tiba baginda ke Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Perak.
Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli bersalaman dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir di kediaman YAB Menteri Besar Perak.
Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain  Sultan Idris Shah beramah mesra bersama YABhg. Datin Seri DiRaja, Saripah Zulkifli.
Rumah Terbuka Aidilfitri Yab Menteri Besar Perak Disambut Meriah YAB MB menghulurkan lemang kepada orang ramai yang hadir ke majlis terbuka beliau.

Sumber : Korporat, SUK Perak.