Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2016 : 20 Julai 2016

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak 2016
YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir mencuba yong tau foo yang disediakan Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

IPOH, 20 JULAI 2016 - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2016 yang diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak, disambut meriah dengan kehadiran hampir 1,000 orang tetamu terdiri daripada kakitangan awam Negeri Perak.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan isteri, YABhg. Datin Seri DiRaja Saripah yang turut meluangkan masa hadir ke majlis jamuan hari raya tersebut.

Hadir sama ke majlis tersebut YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan isteri, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah binti Mohamad, YBhg. Penasihat Undang- Undang Negeri, Dato’ Rohana binti Abd. Malek, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali bin Jalal, dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Terdapat berbagai-bagai jenis juadah makan untuk tetamu yang hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kali ini seperti roti jala, lemang, ketupat rendang ayam, martabak ayam, putu mayam, lontong, mee rebus, laksa pangkor,  kuey teow goreng, ais krim, ais kacang, cendol, rojak buah-buahan dan kambing golek.

Kesemua makanan ini disediakan oleh bahagian yang terdapat di Bangunan SUK Perak termasuk Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), dan Muzium Negeri Perak.

Turut diadakan pada majlis jamuan kali ini, Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Hari Raya. Bagi pertandingan gerai tercantik, Bahagian Kewangan dinobatkan sebagai pemenang dengan hiasan kreatif yang ditampilkan, diikuti tempat kedua dari Pejabat YAB Menteri Besar Perak dan gerai dari Bahagian Khidmat Pengurusan dipilih selaku pemenang bagi tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Persembahan Karaoke pula, Nur Azizah Binti Saadan dari Unit Perancang Ekonomi yang mendendangkan lagu Selamat Hari Raya dipilih selaku johan pertandingan menewaskan tujuh peserta lain yang mengambil bahagian. Lili Farina Binti Mohd Resat dari Bahagian Pengurusan Maklumat dipilih selaku naib johan manakala Noor Diana Binti Mohamed Amin dari Bahagian Perumahan Awam dipilih selaku pemenang tempat ketiga.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak 2016

YAB Menteri Besar Perak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar di gerai Pejabat Kewangan Negeri yang tampil dengan hiasan kemas, ringkas dan kreatif.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak 2016

YAB Menteri Besar bersama isteri mencuba permainan congkak ketika lawatan beliau ke gerai Muzium Negeri Perak.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak 2016

YAB Menteri Besar Perak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri mencuba makanan yang disediakan ketika lawatan beliau ke gerai-gerai.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak 2016 Kesemua peserta akhir Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Raya tidak melepas peluang bergambar bersama YAB Menteri Besar Perak selepas sesi penyampaian hadiah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.