Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah : 24 Julai 2016

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak bersama-sama dif kehormat ketika gimik pelancaran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016.

HUTAN MELINTANG, 24 JULAI 2016 - Majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 yang diadakan di padang Sekolah Menegah Hutan Melintang disambut meriah dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung pelbagai kaum yang hadir seawal jam 2.30 petang.

Majlis berkonsepkan pemimpin bersama rakyat anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Perak ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Diraja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan isteri, YABhg. Datin Seri DiRaja Rosmah Mansor dan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Dato’ Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan isteri YABhg. Datin Seri DiRaja Hamidah Khamis.

Turut Hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir dan isteri YABhg. Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli; YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz; YB Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin dan menteri-menteri kabinet serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Turut diadakan ialah acara demonstrasi dan persembahan kesenian dari agensi-agensi terlibat seperti Pertandingan Miss Kebaya dan Mr. Baju Melayu, Pertandingan Panjut dan Pertandingan Idola Raya 2016.

Pada sebelah malam majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas drama muzikal Aidilfitri yang dijayakan oleh gandingan artis-artis lama dan baru seperti Dato’ D. J. Dave, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Jamal Abdillah, Hail Amir, Awie, Wan Maimunah, Asmidar, Kumpulan Rabbani dan Syafinaz Selamat.

Majlis yang julung kali diadakan di Bagan Datoh ini merupakan usaha untuk mempromosikan kawasan Bagan Datoh yang baru diwartakan sebagai daerah ke-12 di Perak pada 15 Jun lepas.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah

Orang ramai tidak melepaskan peluang bersalaman bersama YAB Perdana Menteri, Dato' Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika kedatangan beliau ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan beliau di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitiri 2016.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri DiRaja Mohd Najib bin Tun Abdul Razak bersama-sama dif-dif kehormat dan artis-artis jemputan menyanyikan lagu hari raya.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah Barisan artis-artis jemputan menyanyikan lagu hari raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitiri 2016.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 Disambut Meriah YAB Perdana Menteri bersama-sama dengan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak mengacau rendang ketika Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitiri 2016.

Sumber : Korporat, SUK Perak.