Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7 : 22 Ogos 2016

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7
Puan Sum binti Mat Sunnah menerima replika kunci rumah baharu daripda YB Menteri KPKT, Tan Sri Noh Bin Haji Omar.

PARIT, 22 OGOS 2016 - Seorang ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anak lelaki berstatus Orang Kurang Upaya, melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Bomba setelah menerima rumah baharu yang dibina di bawah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada Puan Sum binti Mat Sunah, 74 telah disempurnakan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Bin Haji Omar di Kampung Chopin Kanan, Parit.

Projek pembinaan semula rumah Puan Sum binti Mat Sunah berharga RM40,000 mula dibina mulai 11 April 2016 dan telah siap sepenuhnya pada 21 Mei 2016 iaitu hanya memakan masa dalam tempoh sebulan hasil kecekapan pihak bomba dan bantuan orang kampung.

Sementara itu, Tan Sri Noh Bin Haji Omar berkata Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memohon peruntukan khas sebanyak RM5 juta daripada kerajaan untuk membina semula rumah yang musnah terbakar atau membaik pulih rumah yang uzur.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata ketika ini kos pembinaan semula rumah yang terbakar atau uzur adalah di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Kita berharap dengan adanya peruntukan khas ini daripada kerajaan, ia dapat mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dan baik pulih apabila ada rumah terbakar atau uzur.

“Ini kerana pihak bomba bukan sahaja boleh memadamkan kebakaran, tetapi berkeupayaan untuk membina rumah baharu atau pun membaiki dengan mengadakan konsep bergotong-royong dengan masyarakat setempat,” kata beliau.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7 YB Tan Sri Noh bin Haji Omar dan Datuk Halimah binti Mohamed Sadique menyiram pokok yang ditanam di hadapan rumah baharu Puan Sum binti Mat Sunnah.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7 YB Tan Sri Noh bin Haji Omar berbual dan beramah mesra bersama Puan Sum binti Mat Sunnah di dalam rumah baharu.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7 Rumah baharu Puan Sum binti Mat Sunnah yang dibina di bawah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar melalui Program NBOS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama KKPT dan KKLW.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah NBOS-7 YB Tan Sri Noh bin Haji Omar meletakkan plak di hadapan rumah baharu Puan Sum Binti Mat Sunnah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.