Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – YAB Menteri Besar Perak : 12 September 2016

Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – Yab Menteri Besar Perak
YB EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mah Hang Soon ketika Pesta Kebudayaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Perak.

IPOH, 12 SEPTEMBER 2016 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyeru semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin di negara ini supaya memelihara keamanan dan keharmonian demi memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati.

Menurut beliau lagi, terdapat ahli politik yang sanggup menggunakan sentimen kaum bagi meraih sokongan sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat.

“Ahli politik yang menggunakan taktik kotor itu seharusnya sedar bahawa keamanan negara dan keharmonian di antara kaum lebih penting daripada kemenangan dalam bidang politik semata-mata.” kata YAB Menteri Besar Perak ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Perak di Ipoh Parade.

Turut hadir ke majlis perasmian Pesta Kebudayaan tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Dato’ Dr Mah Hang Soon.

Pesta Kebudayaan yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga September 2016 merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak dengan kerjasama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terdapat pelbagai acara menarik diadakan sempena Pesta Kebudayaan tersebut seperti pertandingan membuat tanglung, pameran jalinan seni kaligrafi jawi dan Cina, pameran catur Cina dan pameran lukisan Cina.

Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – Yab Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat pameran lukisan Cina yang dipamerkan.
Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – Yab Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar Perak, mencuba seni kaligrafi jawi dan Cina di majlis tersebut.
Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – Yab Menteri Besar Perak YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan  tetamu-tetamu kehormat yang hadir ke Pesta Kebudayaan di Ipoh Parade.

Sumber : Korporat, SUK Perak.