Pembentangan Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan : 15 November 2016

Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan
YAB Menteri Besar Perak ketika sidang media selepas tamat sesi pembentangan bajet 2017.

IPOH, 15 NOVEMBER 2016 - Bertemakan Pertumbuhan dan Kesejahteraan, Kerajaan Negeri Perak membentangkan Bajet Tahun 2017 berjumlah RM1.078 bilion, bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, sebanyak RM806.3 juta diperuntukkan sebagai perbelanjaan mengurus dan RM401.8 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

“Maka dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan berterusan, kaedah serta proses pelaksanaan merupakan instrumen penting yang perlu diberi perhatian.

Bermatlamatkan Pertumbuhan dan Kesejahteraan, Bajet Tahun 2017 akan memastikan kesinambungan pembangunan dapat terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri demi Kesejahteraan rakyat Negeri Perak.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Dewan Negeri Ke-13 di Dewan Negeri Perak.

Bajet 2017 dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Perak itu merangkumi beberapa sektor seperti sektor pelancongan, Pembangunan Bandar, Perindustrian, Perhutanan, Pertanian, Penternakan, Perikanan, Pengupayaan Ekonomi Rakyat, Pentadbiran dan Pengurusan, Pendidikan, Pemerkasaan Generasi Muda dan Belia, Sosial dan Keagamaan, Jaringan Infrastruktur, Menyejahterakan Kehidupan Rakyat, Pembasmian Kemiskinan, Keselamatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Wanita dan Kebajikan.

Berikut adalah ringkasan Pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Menteri Besar Perak :-

BAJET 2017 : PERTUMBUHAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI (MTEN)

  1. Melengkapi rangkaian infrastruktur kawasan perindustrian
  2. Sektor Perumahan
  3. Menangani kos sara hidup rakyat
  4. Galakan pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2017

PELANCONGAN

 PEMBANGUNAN BANDAR

PERINDUSTRIAN

  1. Kerajaan Persekutuan - RM 50.0 Juta
  2. Kerajaan Negeri RM - 10.0 Juta
  3. Syarikat Gas Malaysia - RM 120.0 Juta

 PERHUTANAN (RM 6. 0 JUTA)

PERTANIAN  (RM 6.6 JUTA)

  1. Pembangunan Industri Padi
  2. Pengeluaran Buah- Buahan
  3. Pengeluaran Sayur-Sayuran & Tanaman Singkat Masa
  4. Pengeluaran Kelapa
  5. Mengembangkan Industri Komoditi Berpotensi (cendawan, tanaman herba, rempah ratus dan lain-lain)

 PENTERNAKAN (RM 5.0 JUTA)

  1. Pembangunan Industri Ruminan dan Pengeluaran Makanan Ternakan
  2. Pembangunan Industri Bukan Ruminan
  3. Pembangunan Perkhidmatan Veterinar
  4. Pembangunan Kesihatan dan Kawalan Penyakit Ternakan serta Zoonotik

 PERIKANAN (RM 1.0 JUTA)

 PENGUPAYAAN EKONOMI RAKYAT (RM 6.0 JUTA)

  1. Program Mikro Kredit - RM 4.0 Juta
  2. Program Mikro Kredit Belia - RM 1.0 Juta
  3. Kiosk Amanjaya - RM 1.0 Juta

 PENTADBIRAN & PENGURUSAN (19.59 JUTA)

  1. Jab. Pendakwaan Syariah - RM 1.34 Juta
  2. PDT Bagan Datoh - RM 2.60 Juta
  1. JKKK Kg. Baru - RM 0.26 Juta
  2. JKKK Kg. Tradisional - RM 4.15 Juta
  3. Pusat Khidmat Adun - RM 2.83 Juta

 PENDIDIKAN (RM 53.0 JUTA)

 PEMERKASAAN GENERASI MUDA & BELIA (RM 7.95 JUTA)

 SOSIAL & KEAGAMAAN (RM 87.37 JUTA)

JARINGAN INFRASTRUKTUR  (RM 86.6 JUTA)

 MENYEJAHTERAKAN KEHIDUPAN RAKYAT (RM 33. 0 JUTA)

  1. YBU (Bina & Baik pulih) - RM 5.00 Juta
  2. SRIA RM 10.0 Juta
  3. Pengurusan LPHP - RM 6.00 Juta
  4. Pembangunan LPHP - RM 12.0 Juta
  1. Remisyen premium tanah 71-75%
  2. Penurunan caj pemajuan kepada 5 %
  3. Pengecualian fi Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan R&D, Papan Hoarding, Permit Rumah Kongsi, Papan Tanda & Pelan Lampu Jalan
    *pengecualian ini bermula 1 Jan 2017 – 31 Dis 2018

 PEMBASMIAN KEMISKINAN ( RM 35.79 JUTA)

 Perak di kedudukan ke-5 terendah bagi segi bilangan isi rumah miskin dari seluruh negara

  1. Kedai Bergerak 1 Amanjaya - RM 0.75 Juta
  2. Prog. Bantuan Ikhlas Bina Upaya & Prog. Bantuan Imarah Bina Upaya - RM 5.00 Juta
    1. Bantuan Am Kebajikan - RM 28.89 Juta
    2. Bantuan Pusat Jagaan Anak Yatim - RM 1.00 Juta
    3. Bantuan Pusat Jagaan Warga Tua yang berdaftar JKM - RM 0.15 Juta

KESELAMATAN  (RM 2.5 JUTA)

Keselamatan

  1. Usaha pencegahan jenayah - RM 1.0 Juta
  2. Pembanteras najis dadah - RM 1.5 Juta

 PENGANGKUTAN AWAM (RM 2.5 JUTA)

PEMBANGUNAN WANITA & KEBAJIKAN (RM 3.0 JUTA )

Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir berucap semasa persidangan DUN Perak.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan Bacaan doa sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Dewan Negeri Ke-13.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak YB Puan Thangasvari Suppiah memasuki dewan bagi mempengerusikan mesyuarat Sidang DUN Perak ke 13.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Menteri Besar Perak bersalaman dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Pembentangan  Bajet 2017 : Pertumbuhan Dan Kesejahteraan YAB Menteri Besar Perak bersama EXCO serta pegawai kanan kerajaan Negeri Perak setelah selesai  pembentangan Bajet 2017 bertemakan Pertumbuhan dan Kesejahteraan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.