Pavilion Perak - Inisiatif Kerajaan Negeri Memperkenalkan Dan Mempromosikan Produk Usahawan Tempatan : 7 Disember 2016

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Perak bersama DYMM Raja Permaisuri Perak ke Pavilion Perak, Serdang

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Perak bersama DYMM Raja Permaisuri Perak ke Pavilion Perak, Serdang

SERDANG, 7 DISEMBER 2016 - Pavilion Perak yang mula dibina pada 11 Mac 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 19 November 2014 merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk usahawan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Dato’ Saarani bin Mohamad berkata, Pavilion Perak juga dapat meningkatkan rangkaian hubungan (networking) antara usahawan-usahawan dalam dan luar negeri, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Perak.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri amat yakin kewujudan Pavilion Perak ini mampu menjadi medium terbaik kepada usahawan-usahawan pertanian, terutamanya golongan belia, dalam mengetengahkan dan mempromosikan produk pertanian dan hasil ladang yang seterusnya membuka peluang kepada mereka untuk meluaskan pasaran memandangkan pameran ini turut dikunjungi oleh pelawat-pelawat dari luar negara.” kata YB Dato’ Saarani bin Mohamad ketika menyampaikan ucapan beliau sempena Majlis Perasmian Pavilion Negeri Perak Sempena Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016 di Serdang.

Menurut beliau lagi, diharapkan melalui penyertaan kerajaan negeri dalam MAHA yang dianjurkan dapat memberi ruang usahawan tani Negeri Perak,  bukan sahaja sekadar menjadi peserta, tetapi dapat mewujudkan juga rangkaian pemasaran produk-produk yang ingin dipasarkan.

“Penyertaan Negeri Perak dalam MAHA 2016 adalah tanda sokongan kerajaan negeri, terhadap usaha-usaha kerajaan persekutuan mempromosi dan memperkenalkan produk agro dan teknologi makanan.

Sehubungan itu besar harapan agar MAHA 2016 ini, dapat dijadikan platform terbaik kepada pengusaha-pengusaha tempatan khususnya dari Negeri Perak sendiri dalam menonjolkan produk masing-masing sebagai kaedah pemasaran yang berkesan.” kata YB Dato’ Saarani bin Mohamad.

Pada majlis tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pavilion Perak Sempena Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016.

Turut berangkat mengiringi baginda, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama ke majlis perasmian Pavilion Perak, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin bin Abdul Rahman, YB Dato' Sri Haji, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Barisan EXCO Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Pavilion Perak yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak ini dibina berinspirasi Istana Kenangan, Kuala Kangsar. Ia menerapkan elemen Tradisional Melayu Negeri Perak dengan penggunaan bumbung lima, bumbung limas, tunjuk langit dan papan cantik (fascia board), selain penggunaan anyaman dinding tepas, ukiran di atas jenang tingkap bermotif bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, pintu masuk ke Pavilion Perak ini turut menerapkan penggunaan gegunung yang menyerlahkan keunikan seni bina pavilion ini.

Selain itu pintu masuk ke Pavilion Perak ini menerapkan penggunaan gegunung yang menyerlahkan keunikan seni bina pavilion ini. Pavilion ini menampilkan dua ruang pameran, sebuah Perak Cafe, ruang jualan buah-buahan, pentas kebudayaan, sudut demonstrasi dan kemudahan bilik rehat.

DYMM Sultan Nazrin Shah merasmikan bangunan Pavilion Perak sambil diperhatikan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir DYMM Sultan Nazrin Shah merasmikan bangunan Pavilion Perak sambil diperhatikan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli melihat pameran membuat dan mengukir labu dan pasu DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli melihat pameran membuat dan mengukir labu dan pasu.
DYMM Sultan Nazrin mencemar duli melawat ke gerai menujual buah-buahan di Pavilion Perak DYMM Sultan Nazrin mencemar duli melawat ke gerai menujual buah-buahan di Pavilion Perak.
YAB Menteri Besar Perak, memperlihatkan bakat memasak beliau sempena program perasmian Pavilion Perak YAB Menteri Besar Perak, memperlihatkan bakat memasak beliau sempena program perasmian Pavilion Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.