Permukiman YAB Menteri Besar Perak Di Bukit Gantang Dan Taiping : 26 November 2016

YAB Menteri Besar Perak melihat aplikasi online dari Yayasan Bina Upaya

YAB Menteri Besar Perak melihat aplikasi online dari Yayasan Bina Upaya

TAIPING,26 NOVEMBER 2016 - Sebanyak 95 program dirangka melibatkan penyertaan sendiri YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan kesemua barisan Exco kerajaan negeri sempena program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Bukit Gantang dan Taiping yang berlangsung pada 22 November sehingga 26 November 2016.

Permukiman YAB Menteri Besar Perak, kali ini menekankan fokus tujuh teras utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan sumber, teras keselamatan, pendidikan, modal insan dan teknologi maklumat, teras sukan dan belia, teras agama dan integrasi, teras ekonomi pelancongan dan kebudayaan.

Berkonsepkan pendekatan Padang, Perasaan dan Penyelesaian (3P) yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, program permukiman kali ini dilihat memberi impak positif khususnya penduduk di Bukit Gantang dan Taiping seperti penambahan laluan baharu Rapid Kamunting RKM30 yang bakal dilaksanakan pada pertengahan bulan Disember ini, sesi penyerahan kunci Rumah Program Rumah Rakyat1 Malaysia kepada 29 penerima terpilih di Kampung Ulu Tupai, penyerahan geran Rancangan Perkampungan Tersusun Mukim, Geran RPT Batu 4 RPT Aulong dan RPT Jalan Tekah Aulong. 

Dalam sektor pelancongan pula, dan sempena sambutan tahun Melawat Perak 2017, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr.Zambry juga telah merasmikan Pusat Kegiatan Pelancongan Kg Dew bagi tujuan menaik taraf keseluruhan kampung yang terkenal dengan produk kelip-kelip itu. 

Selain beramah mesra bersama penduduk-penduk setempat sempena program permukiman, YAB Menteri Besar juga turut mengikuti aktiviti riadah bersama penduduk seperti Fit Perak pada 26 November bertempat di Dataran Bukit Gantang. 

Turut tidak ketinggalan program keagamaan seperti penganjuran program ceramah Ustaz Kazim bertempat di Padang Taman Kaya DUN Changkat Jering pada 23 November dan program Qiamullail di Masjid Pekan Trong.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melepaskan peserta berbasikal sempena program Fit Perak YB Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melepaskan peserta berbasikal sempena program Fit Perak.
YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan mengecat bangunan surau sempena program CSR bersama penduduk YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan mengecat bangunan surau sempena program CSR bersama penduduk.
YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan  majlis penyerahan geran Rancangan Perkampungan Tersusun kepada penduduk YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan majlis penyerahan geran Rancangan Perkampungan Tersusun kepada penduduk.
YAB Menteri Besar Perak YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama barisan Exco Kerajaan Negeri mengecat  sempena porgram CSR Surau YAB Menteri Besar Perak YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama barisan Exco Kerajaan Negeri mengecat  sempena porgram CSR Surau.
YAB Dato' Seri DiRaja Dr  Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika melawat kawasan masjid yang bakal dinaik taraf YAB Dato' Seri DiRaja Dr  Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika melawat kawasan masjid yang bakal dinaik taraf.

Sumber : Korporat, SUK Perak.