2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional : 20 Januari 2017

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

YAB Timbalan Perdana Menteri bersama YAB Menteri Besar Perak ketika simbolik pelancaran Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan.

BAGAN DATUK, 20 JANUARI 2017 - Seramai 2,000 orang pelajar Tahun 1 dan pelajar-pelajar dari keluarga dalam kategori B40 di Daerah Bagan Datuk menerima deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus, RM100 seorang membabitkan keseluruhan RM200,000 sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN ).

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dato’ Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif murni itu merupakan sumbangan pihaknya bagi menggalakkan ibu bapa untuk memulakan persiapan tabung pendidikan bagi anak mereka sejak awal usia.

"Ia sekali gus memenuhi matlamat Belanjawan Negara 2017 yang memberikan insentif khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul RM50 ke dalam akaun SSPN-i khusus untuk pelajar Tahun 1 bagi sekolah bantuan penuh kerajaan.

Harapan saya, agar masyarakat di Bagan Datuk dapat mengambil peluang ini seterusnya menyedari usaha PTPTN yang ingin melihat anak-anak mereka melanjutkan pengajian kelak tanpa dibebani masalah kewangan." kata Dato’ Shamsul Anuar Nasarah sempena majlis pelancaran Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan di Dewan Sungai Sumun.

Majlis Pelancaran Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan di Dewan Sungai Sumun itu, disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Pegawai Daerah Bagan Datuk, Dato’ Hamzah Bin Hussin.

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

YAB Timbalan Perdana Menteri bergambar bersama pelajar-pelajar tahun satu yang menerima sumbangan pembukaan akaun SSPN.

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Pelajar Tahun Satu di Daerah Bagan Datuk diberikan sumbangan pembukaan akaun SSPN secara percuma.

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi menyampaikan sumbangan deposit SSPN-i dan SSPN-i Plus kepada Pelajar Sekolah Daerah Bagan Datuk.

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Pelajar-pelajar di Daerah Bagan Datuk tidak melepaskan peluang hadir ke pelancaran Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan.

2,000 Pelajar Terima Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional

YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bersalaman dan beramah mesra bersama ibu bapa yang turut hadir bersama anak-anak ke program tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.