YAB Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017 : 21 Januari 2017

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB. Datuk Shahrul Zaman bin Yahya turut serta dalam acara kayuhan sempena Fit Perak@Bagan Datuk 2017.

BAGAN DATUK, 21 JANUARI 2017 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi ke Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh bagi merasmikan program Fit Perak@Bagan Datuk 2017 yang diadakan sempena program Permukiman Menteri Besar di daerah Bagan Datuk.

Acara Fit Perak@Bagan Datuk 2017 dimulakan seawal jam 7 pagi dengan YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir berkayuh sejauh 10 kilometer. Turut menyertai aktiviti kayuh tersebut, YB. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman bin Yahya dan penduduk-penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.

Selain acara kayuhan, turut diadakan acara larian, senamrobik, pameran, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan cabutan nombor bertuah.

“Rakyat Malaysia perlu sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan cergas dan sihat demi kejayaan Transformasi Nasional 2050 (TN50)” kata YAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata,  bagi memastikan rakyat sentiasa sihat, setiap lapisan masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam.

Sementara itu, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dalam ucapannya berkata, dalam usaha menjadikan rakyat Bagan Datuk lebih sihat, beliau meminta YB. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan,  Datuk Shahrul Zaman bin Yahya supaya menganjurkan program Fit Bagan Datuk setiap bulan untuk memastikan penduduk Parlimen itu mengamalkan gaya hidup sihat.

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bergambar bersama orang ramai yang menghadiri program Fit Perak@Bagan Datuk 2017.

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YAB Menteri Besar perak menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara larian sempena Fit Perak@ Bagan Datuk 2017.

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, YB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri ketika acara senamrobik.

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bersama YBhg. Pegawai Daerah Bagan Datuk, Dato' Hamzah Bin Hussin ketika pelancaran Fit Perak@Bagan Datuk 2017.

Yab Timbalan Perdana Menteri Rasmi Program Fit Perak@Bagan Datuk 2017

YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Gazali Bin Jalal bergambar bersama pasukan berbasikal SUK Perak sebelum acara  kayuhan bermula.

Sumber : Korporat, SUK Perak.