Kejohanan Sukan SUK Perak 2017 : 17 Februari 2017

Kejohanan Sukan SUK Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyampaikan pakaian rasmi kejohanan kepada ketua kontinjen SUK Perak, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said.

17 FEBRUARI 2017, IPOH - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), menjadi tuan rumah pada penganjuran kali pertama Kejohanan Sukan SUK Perak 2017 yang melibatkan penyertaan 19 pasukan terdiri dari Pejabat SUK, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah Negeri Perak.

Kejohanan yang melibatkan penglibatan seribu atlet ini berlangsung secara berperingkat iaitu peringkat kumpulan pada 17 hingga 19 Februari 2017 manakala peringkat kedua iaitu peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari 2017.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Kejohanan Sukan SUK Perak 2017 di Dewan Sepak Takraw, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak memuji komitmen dan penglibatan atlet-atlet dan pegawai-pegawai yang mengambil bahagian pada kejohanan sukan kali ini.

Menurut YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, kombinasi dan kerjasama daripada pihak pengurusan dan atlet amatlah penting bagi melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dan seterusnya membentuk sebuah pasukan yang kuat.

YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan semasa ucapan beliau turut menyentuh mengenai sikap sesetengah atlet yang tidak berminat untuk menyertai pasukan negeri dan jabatan sebaliknya lebih berminat untuk menyertai pasukan-pasukan luar bagi merebut hadiah-hadiah dan wang tunai dipertandingkan. Menurut beliau, sebagai atlet yang bekerja di dalam sebuah jabatan, mereka perlulah memikirkan tentang maruah jabatan terlebih dahulu dan bukan hanya sekadar mengejar hadiah wang ringgit yang dipertandingkan pada kejohanan luar.

Selain daripada itu juga, saya juga ingin menyatakan kekesalan apabila sebahagian daripada kita tidak berminat dan lebih suka untuk menyertai liga-liga dan ambil duit (wang tunai) sedangkan matlamat adalah diambil adalah untuk membantu kita. Kadang-kadang kita kena fikir tentang maruah jabatan bukan sekadar wang ringgit sebab dia masih bekerja di jabatan.

Penganjuran Sukan SUK Negeri Perak 2017 tercetus hasil beberapa kejohanan sukan yang diadakan sebelum ini iaitu dari Sukan PETANDA yang melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah serta Sukan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada kejohanan sulung kali ini, hanya 3 acara sahaja yang dipertandingkan iaitu acara bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

Objektif utama Sukan SUK Negeri Perak 2017 diadakan adalah untuk mengukur kemampuan kakitangan penjawat awam bersukan di peringkat Daerah dan seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili Negeri Perak ke peringkat Negeri dan Kebangsaan. Sebagai Contoh Kejohanan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK), Sukan SUK SeMalaysia (SUKSEM) selain mengeratkan silaturahim dan muhibah antara Jabatan yang terdapat di Negeri Perak.

Kejohanan Sukan SUK Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan ketika menyampaikan ucapan perasmian Kejohanan Sukan SUK Perak 2017.

Kejohanan Sukan SUK Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersalaman bersama atlet-atlet yang hadir ke Majlis Perasmian Kejohanan Sukan SUK Perak 2017 di Dewan Sepak Takraw, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Kejohanan Sukan SUK Perak 2017

Pasukan Sepak Takraw wanita bergambar sebelum perlawan persahabatan sempenan Perasmian Kejohanan Sukan SUK Perak 2017.

Kejohanan Sukan SUK Perak 2017

YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama-sama pegawai dan atlet-atlet yang bakal beraksi pada Kejohanan Sukan SUK Perak 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.