Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017 : 19 Februari 2017

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

Michele Tan Bee Kiang, 32, menjuarai kategori kebangsaan dengan catatan 51 minit 2 saat.

19 FEBRUARI 2017, GOPENG - Larian Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017 mendapat sambutan yang menggalakkan apabila menarik minat penyertaan seramai 570 orang peserta wanita dari dalam dan luar negara bagi menyertai acara yang berlangsung di Taman Rekreasi Gua Tempurung.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pertandingan yang berjaya menarik minat peserta dari luar negara seperti Ukraine, Indonesia, Singapura, Australia, Kenya dan New Zealand secara tidak langsung dapat mempromosikan keunikan dan kecantikan Gua Tempurung yang dijadikan salah satu ikon pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Menurut YB Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, selain bagi membantu mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017, pertandingan larian Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017 juga bertujuan memberi peluang kepada golongan wanita menceburi sukan lasak pelbagai disiplin bagi menguji ketahanan fizikal serta mental.

Peserta Kenya, Irene Kemunto Mogaka, 30, menjuarai Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017. Irene Kemunto Mogaka yang menyertai kategori antarabangsa berjaya menyelesaikan tujuh halangan yang disediakan di sepanjang laluan sejauh 10 kilometer dengan masa terpantas 44 minit 31 saat.

Michele Tan Bee Kiang, 32, pula menjuarai kategori kebangsaan dengan catatan 51 minit 2 saat manakala bagi kategori kanak-kanak bawah 17 tahun dimenangi Amanda Margaret, 10.

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

Amanda Margaret, 10 menjuarai kategori kanak-kanak bawah 17 tahun Lipstick Challenge 2017.

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

Pemenang Lipstick Challenge 2017 bagi kategori antarabangsa, kebangsaan dan kanak-kanak bergambar bersama-sama selepas tamat larian.

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

YB Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi menyampaikan hadiah kepada peserta dari Kenya, Irene Kemunto Mogaka, 30, yang menjuarai kategori antarabangsa.

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

Sebahagian peserta tempatan menunjukan medal dan sijil yang diperolehi setelah berjaya menamatkan larian.

Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

YB Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi bergambar bersama-sama sebahagian peserta Lipstick Challange 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.