DYMM Sultan Perak Isytihar MRSM Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah : 2 Mac 2017

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengisytihar MRSM Kuala Kangsar sebagai MRSM Sultan Azlan Shah.

2 MAC 2017, KUALA KANGSAR - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari berkenan mengisytiharkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah sebagai nama baharu iaitu MRSM Sultan Azlan Shah pada majlis perasmian MRSM tersebut.

MRSM Sultan Azlan Shah dinamakan sempena nama ayahanda baginda yang juga DYMM Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut berangkat pada majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

MRSM Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 50 ekar ini merupakan MRSM ke-8 terdapat di Negeri Perak dan ke-50 di Malaysia. Terletak di lot 2344, Liman Kati Mukim Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, MRSM ini mula beroperasi pada 6 Julai 2015 dengan kumpulan pertama staf pengurusan dan pentadbiran seramai 36 orang.

MRSM Sultan Azlan Shah ini telah menjadi nadi dan pemangkin kepada kemajuan bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan masyarakat setempat di Mukim Kota Lama Kiri kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak hanya15 kilometer dari pusat bandar Kuala Kangsar dan juga 10 minit perjalanan dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan.

Setelah hampir dua tahun beroperasi, MRSM Sultan Azlan Shah kini menampung 725 oran pelajar meliputi pelajar lelaki dan 378 pelajar perempuan dengan 51 orang guru dan 29 staf sokongan.

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Tuanku Zara Salim melihat pameran robot sempena majlis perasmian tersebut.

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani plak perasmian MRSM Sultan Azlan Shah.

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menyempurnakan gimik perasmian MRSM Sultan Azlan Shah.

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

Pelajar-pelajar MRSM Sultan Azlan Shah menyambut keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

DYMM Sultan Perak Isytihar Mrsm Kuala Kangsar Sebagai MRSM Sultan Azlan Shah

Pelajar MRSM Sultan Azlan Shah menerangkan mengenai produk yang dihasilkan mereka kepada DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.