YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang : 7 Mac 2017

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bergambar bersama penduduk setempat semasa acara sukan bendang berlangsung.

7 MAC 2017, PARIT - Sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Perak Tengah, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir turut serta bersama penduduk setempat bagi menyertai dan memeriahkan acara sukan bendang yang diadakan di Bendang Senin, Kampung Senin Layang- Layang Kanan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersama penduduk setempat turut serta bersama mereka memeriahkan acara menangkap ikan keli dan kemudiannya turut menyertai acara bola sepak bendang bersama YB Ahli Parlimen Parit, Dato’ Mohd Zaim Abu Hassan dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Dato’ Mohd Nizar Zakaria.

Pelbagai acara sukan rakyat diadakan sempena program sukan bendang berkenaan antaranya menangkap itik, panjat tiang licin, pukul bantal, tangkap keli, bola sepak bendang, sukaneka bendang kanak-kanak dan cabutan bertuah.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd kadir ketika sidang media selepas berakhir program sukan bendang berkenaan berkata, beliau amat gembira dengan suasana pada petang tersebut apabila dapat turun padang  bersama-sama penduduk kampung bagi menceriakan lagi sambutan program sukan bendang yang diadakan.

“Alhamdulillah saya lihat rakyat kawasan ini mereka begitu seronok sekali khususnya apabila melihat pemimpin-pemimpin dapat turun dalam keadaan yang begini dalam keadaan santai dan bersahaja tanpa protokol..” kata  YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Sementara itu YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, beliau bersama-sama dengan Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan akan turut serta dalam keseluruhan melibatkan lebih kurang 105 program sempena program permukiman di Daerah Perak Tengah yang diadakan selama 5 hari bermula 7 Mac sehingga 11 Mac 2017.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, fokus permukiman kali ini akan dikenal pasti terlebih dahulu permasalahan-permasalahan kerana setiap kawasan itu mempunyai masalah yang berbeza.

“Fokus permukiman kali ini kita akan kenal pasti terlebih dahulu permasalahan-permasalahan yang ada di kawasan tersebut kerana kelainan kawasan-kawasan itu, tetapi kluster kita masih sama iaitu teruskan dengan kluster-kluster yang sedia ada umpamanya kluster yang berkaitan dengan kesihatan, anak muda, ekonomi  dan sebagainya.”

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan YB Dato' Mohd Nizar Zakaria menyaksikan penduduk kampung yang menyertai acara sukan bendang di Kampung Senin Layang- Layang Kanan.

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika menyertai acara bola sepak bendang.

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

Penduduk kampung yang menerima cabutan nombor bertuah berupa seekor kambing yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd kadir.

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat gelagat peserta yang menyertai acara tangkap itik.

YAB Menteri Besar Perak Meriahkan Sukan Bendang

 Acara panjat tiang licin dan pukul bantal yang turut diadakan ketika sukan bendang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.