Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat : 8 Mac 2017

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

Golong belia yang hadir ke Dewan Seri Iskandar UiTM Seri Iskandar bagi sesi berdialog bersama YB Menteri Belia Dan Sukan.

8 MAC 2017, SERI ISKANDAR - Malaysia perlu memiliki generasi yang mempunyai jati diri kuat dan identiti yang jelas walaupun negara mencapai tahap teknologi tinggi pada tahun 2050.

YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia boleh dicapai jika generasi muda hari ini memiliki kekuatan dalaman seimbang menerusi penguasaan agama, ilmu, sains dan teknologi yang kukuh.

"Generasi TN50 tetap mempunyai kekuatan dalaman yang ditunjangi nilai sivik, agama dan penguasaan ilmu walaupun negara mencapai kemajuan yang tinggi.

Bagi memastikan TN50 menjadi kenyataan, maka kita sebagai rakyat perlu memiliki aspirasi untuk menentukan corak generasi Malaysia 30 tahun akan datang," kata YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Siri Jelajah Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat, Negeri Perak di Dewan Seri Iskandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.

Turut hadir ke program tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan barisan EXCO Kerajaan Negeri.

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, TN50 dirangka berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Menurut beliau lagi, semua aspirasi golongan belia hari ini akan dijadikan asas untuk merangka dokumen TN50 yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada tahun depan.

Sementara itu YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, program dialog yang dianjurkan itu dapat menonjolkan nilai baharu yang ada dalam jiwa anak muda pada masa kini seperti keyakinan diri untuk bertanyakan soalan, berinteraksi dan memberikan pendapat, sekali gus yakin generasi berpemikiran bijaksana, kekuatan rohani hebat dan fizikal perkasa seperti diimpikan untuk TN50.

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir turut serta ketika Siri Jelajah Dialog Transformasi Nasional 2050.

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Siri Jelajah Dialog TN50 Peringkat Negeri Perak.

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

Sebahagian belia-belia dari seluruh Negeri Perak yang hadir ke Siri Jelajah Dialog Transformasi Nasional 2050.

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

Aksi YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir ketika berdialog bersama belia-belia Negeri Perak.

Malaysia Perlu Memiliki Generasi Yang Mempunyai Jati Diri Kuat

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendengar soalan yang diajukan belia berkaitan TN50 dari Pulau Pangkor.

Sumber : Korporat, SUK Perak.