Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak : 28 Mac 2017

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak.

IPOH, 28 MAC 2017 - Menyedari akan kepentingan air kepada bagi manusia dan alam sekitar, Kerajaan Negeri Perak mengambil pendekatan secara bersepadu iaitu dengan mewujudkan ekosistem yang baik dalam memastikan sumber air di Negeri Perak sentiasa baik dan juga bersih.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir kerajaan negeri sentiasa mempunyai perancangan bagi memastikan sumber air di Negeri Perak tidak berada dalam keadaan yang kritikal.

“Lantaran itulah apabila kita membuat dasar-dasar yang bukan hanya berkaitan dengan satu-satu jabatan tetapi melibatkan juga jabatan-jabatan yang lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Air Perak, Jabatan Pertanian, dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melihat dari segi pengurusan dan sumber air di Negeri Perak.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir daripada segi pengurusan sumber air negeri, Perak berada di kategori yang baik dan antara pengurusan yang terbaik juga dalam di peringkat kebangsaan. Menurut beliau lagi, Lembaga Air Perak juga merupakan antara lembaga air yang telah berjaya membuat perolehan ataupun keuntungan yang baik selain menyediakan sumber-sumber air kepada pengguna.

Walau bagaimanapun YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, kerajaan negeri memandang serius terhadap kegiatan-kegiatan pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuang sisa-sisa sama ada sisa-sisa ternakan, kumbahan, dan juga sisa daripada perladangan yang dibuang ke dalam sungai, parit dan sebagainya.

“Kita tidak akan berkompromi pada mana-mana pihak yang membuang waste ini ataupun sisa-sisa ini secara begitu sahaja, namun dalam konteks Negeri Perak, keadaan ini terkawal, walaupun dalam keadaan terkawal kita tidak boleh mengambil mudah tentang kegiatan-kegiatan ini kalau sekiranya ada.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Dalam pada itu, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata Kerajaan Negeri Perak akan mewartakan 295,401 hektar kawasan tadahan air untuk memastikan kemapanan ekosistem dan ekologi di negeri ini kekal terpelihara, termasuk aspek pengurusan dan sumber air.

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

Forum Wacana Kelestarian dan Jaminan Sumber Air sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak.

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak bersalaman dengan orang ramai yang hadir.

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

Antara pameran yang diadakan semasa majlis tersebut.

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama-sama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.

Sambutan Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak sempat melihat pameran-pameran yang turut diadakan sempena majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.