Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak : 13 April 2017

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika Majlis Perjumpaan KPPA bersama-sama Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Perak.

IPOH, 13 APRIL 2017 - Majlis Interaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan dan Negeri Perak ini merupakan salah satu program siri turun padang KPPA untuk bertemu dengan penjawat awam khususnya pegawai-pegawai muda.

Program yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan ini, turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan (Operasi), Dato’ Nor Inchun Binti Mohammed Salleh .

Program ini merupakan platform kepada pegawai muda untuk melontarkan idea dan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan awam masa kini ini yang diharap dapat memberi ruang kepada pegawai muda untuk tampil lebih berani menyahut cabaran menghadapi risiko, berpandangan positif, mencari peluang dan melihat sesuatu perkara dengan perspektif yang berbeza sesuai dengan keadaan dan konteks semasa.

Ia juga selari dengan hasrat kerajaan bagi mendapatkan idea-idea baharu ke arah pembentukan TN50 khususnya di kalangan penjawat awam.  YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Seman berkata dalam ucapan perasmian beliau mengambil contoh mengenai kejayaan usahawan muda terunggul di dunia yang tidak sampai umur 35 tahun seperti Mark Zuckerberg (32 tahun) pengasas Facebook yang bernilai lebih USD50 bilion, tiga lagi pengasas Airbnb iaitu Nathan Blecharczyk (33 tahun), Brian Chesky (34 tahun) dan Joe Gebbia (34 tahun).

 “Usahawan ini merupakan harta negara yang telah membawa perspektif berbeza serta perubahan kepada cara kita bekerja dan hidup melalui kreativiti dan inovasi mereka yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat. Tokoh-tokoh ini amat bersyukur dan tidak merungut atau putus asa apabila menghadapi cabaran hidup walau genting sekali pun. Mereka tabah dan memberanikan diri untuk mencuba apa yang orang biasa tidak sanggup menghadapi risikonya sehingga akhirnya mereka berjaya.”

 “Penjawat awam perlu peka dan cakna kepada perkembangan isu semasa serta megatrends seperti perubahan teknologi, perkhidmatan awam yang anjal, urbanisasi dan isu penuaan. Ini memerlukan perkhidmatan awam lebih responsif dan fleksible untuk berubah dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cepat dan berkesan”. kata YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman.

Sempena program tersebut, YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman turut merakamkan ucapan tahniah kepada 138 orang pegawai dari pelbagai skim dan gred perkhidmatan bagi Agensi di Negeri Perak ketika Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat.

Majlis pada petang itu juga turut menyaksikan seramai 18 orang pesara menerima surat penghargaan persaraan sebagai menghargai jasa yang sebelum ini dengan penuh komitmen melaksanakan tugas dalam sektor perkhidmatan awam.

Pada siri turun padang YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke negeri Perak, beliau turut berkesempatan membuat lawatan turun padang di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada sebelah pagi bagi melihat dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat serta mendengar maklum balas daripada pelanggan hospital berkenaan secara langsung. Melalui pendekatan turun padang sedemikian, ia dapat memberi impak positif terhadap sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Ia juga bersesuaian dengan saranan YAB Perdana Menteri untuk memastikan tahun 2017 tahun penyampaian.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman ketika kunjungan hormat beliau ke atas YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman bergambar bersama kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman bergambar kenangan bersama pegawai- pegawai muda jabatan Persekutuan dan Negeri Perak.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

Majlis Interaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)  Bersama Pegawai- Pegawai Muda Jabatan Persekutuan dan Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman menyerahkan surat kenaikan pangkat kepada En. Rumaizi Bin Baharin sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

 YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman turut menyerahkan surat penghargaan persaraan kepada 18 orang penerima.

Majlis Interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan Dan Negeri Perak

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melawat pesakit-pesakit luar yang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber : Korporat, SUK Perak.