TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak : 15 April 2017

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dan menyempurnakan program Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR, 15 APRIL 2017 - YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Perak yang diadakan di perkarangan Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.

Program yang bermula seawal jam 6.15 pagi ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Program Ekspresi Negaraku peringkat Kuala Kangsar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 10 ribu pengunjung yang hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran dan barisan trak makanan.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memuji program Ekspresi Negaraku dan berpuas hati dengan perjalanan program itu yang memperlihatkan kejayaan yang baik dalam mewujudkan rasa kebersamaan dan sepasukan dalam kalangan pelbagai kaum.

Menurut beliau, semangat kecintaan kepada Malaysia bukanlah dibuat secara formal tetapi secara tidak formal bermakna ianya harus tercetus tanpa paksaan, dan lahir sendiri dari hati nurani rakyat Malaysia.

“Atas nama perpaduan, pembangkang pun harus bersikap positif, berlapang dada, berfikiran terbuka dan tidak melihat perkara ini dari sudut kepartian, tapi melihat itu sebagai sebuah negara keseluruhannya.” kata YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.                                

Ekspresi Negaraku telah dilancarkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak pada 18 Mac lalu adalah satu inisiatif yang menyediakan platform bagi rakyat menzahirkan rasa cinta kepada negara.

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Dataran Pavilion kira-kira jam 9.00 pagi.

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencuba permainan tradisional gasing sempena program Ekspresi Negaraku.

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

YAB Timbalan Perdana Menteri bersama YAB Menteri Besar Perak dan dif-dif jemputan mengibarkan Jalur Gemilang sempena program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion Kualan Kangsar.

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

YAB Timbalan Perdana Menteri mencuba seni lukisan grafiti sambil diperhatikan YAB Menteri Besar Perak.

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak

Kira-kira 10,000 pengunjung yang hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sempena Ekspresi Negaraku.

Sumber : Korporat, SUK Perak.