Pengguna Digesa Mematuhi Peraturan Dan Mengutamakan Keselamatan Jalan Raya - 25 Januari 2014

IPOH, 25 JANUARI 2014 - YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air yang juga merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak dengan tema ‘Hati-hati, Elakkan Tragedi, Keluarga Menanti’ dan Majlis Pelancaran Ops Selamat 4 di Plaza Tol Ipoh Selatan.

YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata, sikap prihatin terhadap keselamatan diri dan kenderaan adalah penting supaya pengguna memandu dengan lebih berhemah. Bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun kali ini, beberapa buah jentera pasukan bomba dan penyelamat akan ditempatkan di lokasi strategik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jajaran Negeri Perak iaitu Slim River, Kuala Kangsar dan Bukit Gantang supaya bantuan dan kerja menyelamat dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pantas.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Puan Laila Mazwin Zakaria; Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Encik Sayani Saidon dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Datuk Dr Ir Safry Kamal Ahmad.

Sumber : Korporat, SUK Perak.