YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM : 25 April 2017

YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM.

IPOH, 25 APRIL 2017 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak di Basco Avenue, Sungai Senam.

Turut hadir pada majlis pecah tanah tersebut, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Kementerian KPDNKK, YBhg. Dato’ Seri Jamil Salleh, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd. Wahab Fenner.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir berkata, dengan wujudnya bangunan SSM itu, ia akan merancakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Perak serta memberi manfaat kepada 39,979 usahawannya.

Selain itu, menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir,  projek pembinaan bangunan SSM ini bakal menjadi salah satu mercu tanda di Negeri Perak.

Sementara itu Dato’ Henry Sum Agong berkata pemilihan Ipoh sebagai tapak baharu bangunan SSM antaranya jumlah pendaftaran perniagaan (103,992) dan pemerbadanan syarikat (37,533) yang tinggi.

“Bangunan baharu ini juga membuktikan SSM sebenarnya sangat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat bagi meningkatkan ekonomi mereka serta keluarga,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong.

Menurut beliau lagi, bangunan yang dibangunkan di tanah berkeluasan 17.7 ekar ini di jadual siap pada Mac 2020.

YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM

Orang ramai menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Perak yang hadir ke Majlis Pecah Tanah Bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang bakal dibangunkan di Negeri Perak.

YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir  bersama YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melihat model pembangunan bangunan SSM yang dibina di atas tanah berkeluasan 17.7 ekar.

YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyempurnakan gimik Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM yang bakal dibina di Basco Avenue, Sungai Senam Perak.

YAB Menteri Besar Perak Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan SSM

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat model pembangunan bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang bakal dibangunkan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.