Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak : 6 Mei 2017

Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak

YB Dato' Seri Mustapa Mohamed bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika gimik perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak.

IPOH, 6 MEI 2017 - YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mustapa Mohamed telah merasmikan Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dewan AJCC 1, Hotel Casuarina@Meru.

Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Hadir sama ke majlis perasmian tersebut, YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Bin Haji Maslan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata, tujuan MITI Day 2017 diadakan adalah untuk mempromosi peranan serta fungsi MITI dan agensi-agensi di bawah MITI kepada pelanggan serta orang ramai dalam bidang pelaburan dan perdagangan di negara ini.

Menurut beliau lagi, pendedahan berkenaan juga akan menjadikan rakyat mengetahui mengenai syarikat-syarikat antarabangsa yang bertapak di negara ini.

“Kita perlu hebahkan peranan MITI kepada masyarakat khususnya dalam bidang perniagaan dan pelaburan. Ada beberapa syarikat seperti Bromma, Finisar dah lama bertapak di sini. MAPS (Taman Tema Filem Animasi) juga satu produk pelancongan baharu di Negeri Perak.” kata YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed.

Turut diadakan sempena MITI Day 2017 ialah Minggu Perusahaan Kecil dan Sederahana (PKS) 2017 Peringkat Negeri Perak, anjuran bersama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SME Corp Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak yang melibatkan seramai 50 usahawan terpilih.

Antara program-program lain yang diadakan sempena MITI Day 2017 adalah MITI & Agencies Showcase; Pameran Kerjaya; Program CILIK, Bumiputera Capsul, Dialog bersama YB Menteri MITI mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Pameran Aeroangkasa, Pameran e-Dagang, Pameran Automotif & Penjagaan kereta, Program Transformasi Perniagaan Halal dan Pertandingan Catur BISTARI.

Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak

YB Dato' Seri Mustapa Mohamed bergambar sebelum mesyuarat berlangsung di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak

YB Dato' Seri Mustapa Mohamed bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bergambar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Perak.

Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak

YB Dato' Seri Mustapa Mohamed dan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd kadir sebelum mesyuarat berlangsung.

Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak

YB Dato' Seri Mustapa Mohamed bersama-sama dif kehormat ketika Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Perak.
Majlis Perasmian MITI Day 2017 Peringkat Negeri Perak YB Dato' Seri Mustapa Mohamed mencuba salah satu produk dari salah seorang peserta PKS Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.