Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak : 6 Mei 2017

Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak

Seramai 60 perwakilan terdiri daripada pelbagai latar belakang anak muda yang hadir ke Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 6 MEI 2017 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir berharap persidangan Dewan Belia Perak kali ini dapat membincangkan tentang idea dan cadangan untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam konteks Negeri Perak.

Menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, persidangan Dewan Belia merupakan platform yang tepat dan harus digunakan sebaik mungkin oleh perwakilan untuk menyuarakan pandangan dan aspirasi masing-masing terhadap Transformasi Nasional (TN50).

“Saya rasa kalau mereka tidak ambil kesempatan ini untuk membahaskan ciri-ciri TN50 yang mereka mahukan, mungkin tiada platform terbaik seperti ini untuk mereka suarakan.

Platform ini merupakan antara Dewan tertinggi untuk golongan muda yang mana mereka ini seperti wakil- wakil rakyat golongan muda yang akan bicarakan hasrat golongan muda kepada pihak kerajaan.” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Persidangan yang berlangsung selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Mei 2017 ini melibatkan 60 perwakilan terdiri daripada pelbagai latar belakang anak muda. Persidangan turut dihadiri YB ADUN Temengor, Puan Salbiah Mohamed selaku Speaker Dewan Belia Perak; YB Haji Mohamad Ziad Bin Dato’ Mohamed Zainal Abidin selaku Timbalan Speaker dan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Sumber Manusia, Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya.

Sebanyak tujuh usul telah dibentangkan oleh setiap perwakilan yang mewakili tujuh jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita; Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional; Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme.

Antara usul-usul yang dibentangkan dan dibahasakan sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak kali ini ialah : -

 

Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak

Perwakilan Belia Perak bergambar bersama-sama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir.

Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama wakil-wakil belia sebelum persidangan bermula.

Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Perwakilan Belia Perak Diminta Fokus Pada TN50 – YAB Menteri Besar Perak

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Sumber Manusia, Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya turut hadir bagi mengikuti persidangan  Dewan Belia Perak

Sumber : Korporat, SUK Perak.