DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’ : 7 Mei 2017

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

DYMM Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah mencemar duli menyempurnakan Pelancaran Buku World Disaster Report 2016.

IPOH, 7 MEI 2017 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan 2017 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang diadakan di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak.

Bersempena majlis tersebut juga, DYMM Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah turut berkenan menyempurnakan Pelancaran Buku World Disaster Report 2016 bertemakan ‘Resilience : Saving Lives Today, Investing for Tomorrow’.

Seramai 250 ahli BSMM dari seluruh negeri termasuk beberapa peserta antarabangsa daripada Palang Merah Indonesia dan Palang Merah Singapura turut menyertai perkhemahan selama 4 hari bermula 4 sehingga 5 Mei 2017 anjuran bersama BSSM Kebangsaan dan BSMM Negeri Perak.

Sempena program perkhemahan tersebut, ahli-ahli telah mengikuti beberapa kemahiran yang disediakan seperti Emergency Water Sanitation and Hygiene (eWash), Radio Comunication (RadComm), Mendirikan Khemah 180 Pound, Respons Ambulans, Psycho-social Support System (PSS), dan Pengurusan Logistik.

Program Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan 2017 merupakan program yang julung-julung kali diadakan sempena Sambutan Hari Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2017 yang bertemakan ‘Everywhere for Everyone’.

Program perkhemahan ini diadakan sebagai salah satu platform latihan tambahan bagi meningkatkan tahap kecekapan sukarelawan BSMM di samping menilai tahap koordinasi serta keupayaan mereka sewaktu kecemasan dan bencana.

Selain itu program ini juga bertujuan menilai kepantasan respons sukarelawan BSMM berpandukan Piawaian Prosedur Operasi (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak.

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

Antara dif-dif jemputan yang hadir ke program tersebut termasuk  YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Rohana Binti Abd Malik dan YB EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Dr Mah Hang Soon.

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

Demonstrasi menyelamat mangsa yang mengalami kecedaran daripada Bulan Sabit Merah Malaysia.

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

DYMM Sultan Perak beramah mesra bersama-sama pegawai dan kakitangan Bulan Sabit Merah Malaysia.

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan BSMM 2017 Dan Pelancaran Buku ‘World Disaster Report 2016’

Satu gimik pelancaran Buku  World Disaster Report 2016 bertemakan Resilience  Saving Lives Today, Investing for Tomorrow.

Sumber : Korporat, SUK Perak.