Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 : 22 Mei 2017

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Antara dif-dif jemputan dan orang ramai yang hadir ke Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2017.

SERI ISKANDAR, 22 MEI 2017 - Bagi memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru, telah diadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Peringkat Negeri Perak Tahun 2017 di Dewan Seri Iskandar, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir itu turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau negeri, Dato’ Dr. Haji Muhammad Amin Bin Zakaria, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Haji Mat Lazim Bin Idris dan warga-warga pendidik dari seluruh Negeri Perak

Pada majlis berkenaan, mantan pengetua, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak, Hajah Rahimah Binti Mohd Sura telah dipilih selaku Tokoh Guru 2017 Negeri Perak.

Manakala Haji Salleh Bin Abdul Karim, mantan pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan merupakan anak kelahiran Perak, telah dipilih selaku Tokoh Kepimpinan Guru 2017.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir pada majlis tersebut berkata, kerajaan negeri akan mentransformasikan sekolah yang dikenal pasti ketinggalan daripada segi pencapaiannya disebabkan kekurangan akses pendidikan seperti sekolah yang biasanya terletak di kawasan luar bandar, penempatan Orang Asli atau di pulau-pulau yang memerlukan perhatian khas.

Menurutnya, keadaan itu disebabkan Perak sebuah negeri yang besar sehingga berlaku masalah akses pendidikan di sekolah-sekolah yang jauh di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri untuk mengenal pasti sekolah seumpama itu dan mengadakan projek khas untuk mentransformasikan pencapaian sekolah berkenaan.

“Sekolah sebegini ketinggalan disebabkan kekurangan akses pendidikan atau akses yang belum dikemas kini. Sebagai contoh, akses kepada sumber internet sekarang ini ditekankan kerana ia merupakan sember pendidikan dan pengajaran dalam kelas.

“Kita akan mengadakan program khas di sekolah sedemikian supaya mereka dapat mencapai kejayaan dalam peperiksaan dan kedudukan keseluruhan sekolah secara keseluruhannya.”

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Murid-murid sekolah turut hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru yang diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Salah seorang penerima sijil dan pingat penghormatan guru 2017, En Kamaruddin Bin Ismail dari PPD Kinta Utara.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

Sebahagian warga pendidik dari seluruh Negeri Perak yang hadir ke Dewan UiTM Seri Iskandar Perak.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru 2017 kepada Haji Salleh Bin Abdul Karim.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017

YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama  bekas-bekas guru yang turut hadir ke majlis tersebut.
Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru 2017 Peringkat Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.