Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018 : 25 Mei 2017

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

Majlis penyerahan cek yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 25 MEI 2017 - Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengaturkan satu Majlis Penyerahan Cek Bagi Peringkat Diploma Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2015/2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak ini disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Dato’ Dr Muhammad Amin bin Zakaria pada jam 3.00 petang.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menawarkan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada seramai 505 orang anak – anak Perak melibatkan 91 orang pelajar peringkat diploma, 339 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda, 61 orang pelajar peringkat Sarjana dan 12 orang yang mengambil Ijazah Falsafah (PhD) dengan keseluruhan pembiayaan berjumlah RM3,632,500.00.

Dasar ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar untuk menggunakan pinjaman ini untuk membayar yuran serta peralatan pembelajaran di institusi pengajian tinggi masing–masing supaya pelajar–pelajar pinjaman ini fokus kepada pelajaran masing–masing.

Kerajaan Negeri berharap dengan adanya Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak ini dapat mendorong para pelajar tajaan untuk belajar bersungguh – sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Sehingga kini, tunggakan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-Anak Negeri Perak adalah sangat tinggi. Jumlah tunggakan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak sehingga 31 Disember 2016 adalah RM17,415,364 melibatkan 4,632 orang peminjam.

Bagi menggalakkan peminjam – peminjam membuat pembayaran balik, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan rebat 30% kepada peminjam yang membuat bayaran keseluruhan baki pinjaman secara sekali gus tawaran ini akan bermula pada 1 Jun 2017 dan berakhir pada 31 Disember 2017 iaitu selama 6 bulan.

Ia bertujuan membantu Kerajaan Negeri mengurangkan nilai tunggakan semasa dan menaikkan jumlah kutipan bayaran balik serta dapat membantu menambahkan bilangan pelajar yang ditaja pinjaman pengajian tinggi negeri perak pada masa hadapan dengan menggunakan semula nilai penambahan kutipan yang diperoleh.

Pemberian rebat ini merupakan satu usaha murni Kerajaan Negeri dalam membantu para peminjam meringankan beban kehidupan mereka dan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para peminjam yang bertindak sebagai modal insan berkualiti dan dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Objektif utama Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada anak–anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi–institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini menawarkan pembiayaan dalam bentuk pinjaman khusus kepada anak–anak Perak yang berhasrat menyambung pelajaran di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Falsafah.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

Bacaan ikrar oleh penerima-penerima Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

Penerima-penerima Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama YB Dato' Dr Muhammad Amin bin Zakaria selepas tamat majlis.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

Seramai 91 orang pelajar peringkat diploma terpilih bagi menerima Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak pada tahun ini.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Dato' Dr Muhammad Amin bin Zakaria menyampaikan cek kepada salah seorang penerima.

Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak Sesi 2017/2018

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Dato' Dr Muhammad Amin bin Zakaria menyampaikan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak berjumlah RM 5,000.

Sumber : Korporat, SUK Perak.