Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri : 5 Jun 2017

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

Majlis penyerahan cek yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 4 JUN 2017 - Program Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri, Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan ke Negeri Perak yang merupakan destinasi ketujuh jelajah program tersebut.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri hadir ke program tersebut kira-kira jam 6.10 petang di Masjid An Nur Batu 8, Ulu Kinta Perak sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Pada program tersebut, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang anak yatim.

Rombongan YAB Timbalan Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam untuk solat Isyak, solat terawih dan moreh bersama Jemaah.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap sempena program berkenaan berkata, selain tempat untuk menunaikan solat dan ibadah, umat Islam seharusnya menjadikan masjid sebagai tempat perpaduan menimba ilmu dan institusi pembelajaran sepanjang hayat .

Menurut beliau, walaupun terdapat perbezaan ideologi dan parti dalam kalangan jemaah masjid, ia perlu diatasi secara beradab dan menjadikan institusi masjid sebagai tempat perpaduan dan bukannya tempat untuk meraikan perbezaan.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Seri Alwi Bin Haji Ibrahim, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Ketua Polis Perak, YDH Dato’ Hasnan Hassan dan Ahli Parlimen Tambun, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri, Bersama Warga KDN Peringkat Negeri Perak ini.

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani buku kehadiran pelawat sambil diperhatikan Ahli Parlimen Tambun, YB Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah.

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika majlis berbuka bersama warga KDN dan orang ramai.

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang anak yatim.

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar dan beramah mesra bersama salah seorang penerima anak yatim.

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadhan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri

Majlis berbuka bersama warga KDN, dan orang ramai di Masjid An Nur.

Sumber : Korporat, SUK Perak.