Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1Serve : 24 Julai 2017

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman ketika program Walkabout 1Serve di UTC Perak.

IPOH, 24 JULAI 2017 – Perak merupakan menjadi negeri pertama yang melaksanakan inisiatif Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Sektor Awam 1Malaysia (1Serve) sebagai penambahbaikan kepada perkhidmatan kaunter kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman berkata, konsep satu kaunter pelbagai perkhidmatan ini melahirkan petugas barisan hadapan yang serba boleh.

Menurutnya, pelaksanaan 1Serve di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak telah dimulakan sejak Mei 2017 melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Sebagai contoh kaunter JPJ di UTC Perak, selain menawarkan empat perkhidmatan hakiki mereka, kaunter berkenaan juga menawarkan dua perkhidmatan dari JIM iaitu Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa dan Permohonan Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa.

“Mereka juga memberi tiga perkhidmatan dari JPN iaitu cabutan sijil kelahiran, cabutan sijil kematian dan cabutan daftar perkahwinan,” kata YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman.

Menurut beliau lagi, kaunter 1Serve untuk semua perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan merangkumi lebih banyak agensi dan jabatan kerajaan pada masa akan hadapan.

"Kita melihat pelaksanaan ini sebagai lonjakan kepada penambahbaikan sistem penyampaian dengan menyediakan satu kaunter, mereka boleh lakukan pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan rakyat.

"Pelaksanaan ini akan diguna pakai setelah proses pembelajaran dan infrastruktur termasuk peralatan serta petugas barisan hadapan yang serba boleh dalam persekitaran kaunter pelbagai perkhidmatan dilaksanakan," kata beliau selepas program Walkabout 1Serve di Majlis Bandaraya Ipoh dan UTC Perak.

Hadir sama sempena program walkabout tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman menyampaikan cenderamata kepada wakil pegawai agensi-agensi yang melaksanakan inisiatif 1Serve.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato. Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) turut hadir sempena program walkabout tersebut.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman beramah mesra bersama pelanggan sempena program walkabout 1Serve@UTC Perak.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman bersama YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan Ketika lawatan beliau ke JPN di UTC Perak.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman ketika menyampaikan ucapan penghargaan di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak sempena program walkabout 1Serve@UTC Perak.

Perak Jadi Negeri Pertama Laksana 1SERVE

YBhg KPPA dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri bergambar bersama wakil agensi yang yang melaksanakan Kaunter 1Serve.

Sumber : Korporat, SUK Perak.