PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak : 1 Ogos 2017

PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak

YAB Dato' Seri Zambry Bin Abd Kadir berucap dalam prapelancaran PIDD 2017.

IPOH, 1 OGOS 2017 - Penganjuran Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) yang dilangsungkan sejak 2014 merupakan inisiatif untuk mengantarabangsakan Perak.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelbagai isu pembangunan untuk memajukan ekonomi negeri bakal menjadi topik utama yang akan dibincangkan oleh para pembentang terdiri di kalangan tokoh dalam dan luar negara.

"Apabila kami mengadakan persidangan seperti ini, maka sudah tentu ramai yang datang dari dalam dan luar negara, ini sekali gus akan menjadikan Dialog Pangkor sebagai tempat rujukan.

"Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa Dialog Pangkor merupakan satu produk yang baik ke arah pengantarabangsaan Negeri Perak," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas prapelancaran Dialog Pangkor 2017 di sini, semalam.

PIDD yang sudah memasuki tahun kelima penganjurannya tahun ini akan diadakan selama dua hari bermula 11 Sept anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP).

Ia bakal membincangkan mengenai ekonomi, sosial, inovasi serta perkembangan ekonomi, budaya dan persekitaran.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersalaman dengan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan selaku wakil penaja daripada SSI.

PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama wakil-wakil penganjur yang bekerjasama dalam penganjuran PIDD 2017.

PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir diiringi Ketua Pegawai Ekekutif Institut Darul Ridzuan, YBhg Dr Mazalan Bin Kamis ketika pra pelancaran PIDD 2017.

PIDD 2017 Inisiatif Untuk Mengantarabangsakan Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersalaman dengan tetamu yang hadir dalam prapelancaran PIDD 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.