DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016 : 12 Ogos 2017

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan hadiah Johan Kategori Sekolah Menengah (Bahasa Melayu) kepada Mohammad Danial Haikal Bin Mohd Saufi pada pertandingan pidato diraja itu.

IPOH, 12 OGOS 2017 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Pidato Diraja dan Menulis Esei sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016 di Auditorium Perak FM, baru-baru ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan YB Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak oleh kumpulan koir Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, disusuli bacaan ayat suci al-Quran oleh johan Tilawah al-Quran Sekolah Rendah peringkat negeri, Mohd Shadrul Idham Sabeli.

Selain itu, baginda turut berkenan menyaksikan enam peserta berpidato dalam pertandingan akhir untuk peringkat menengah atas yang dijalankan serentak bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Melalui kategori bahasa Melayu, Mohammad Danial Haikal yang mewakili SMK Raja Permaisuri Bainun mengetepikan cabaran Muhammad Zul Zarif Mohd Zakuan, 17, dari SMK Taman Tasik, Taiping yang berada di tempat kedua serta Dayana Jalaluddin,17, dari SM Sains Bagan Datuk di tempat ketiga.

Sementara itu, K. Dhirren Amaresha, 17, dari SMK Methodist Ipoh memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris kategori sama selepas mengetepikan cabaran dua peserta lain iaitu C. Gaiyethry, 16, yang berada di tempat kedua dan R. Lydia Jayati, 17, dari SMK Treacher Methodist, Taiping di tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Mohammad Danial Haikal dan Dhirren Amaresha masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM750 berserta piala, manakala pemenang tempat kedua membawa pulang RM600 serta trofi dan ketiga RM500 serta trofi.

Majlis bertambah seri apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat bagi menyaksikan pertandingan tersebut serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan hadiah Johan Kategori Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris) kepada K. Dhirren Amaresha.

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

DYMM Paduka Seri Sultan Perak bergambar bersama pemenang Pertandingan Pidato Diraja dan Menulis Esei.

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bergambar bersama para juri.

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

Mohammad Danial Haikal Bin Mohd Saufi (kanan)  bersama K. Dhirren Amaresha (kiri) merupakan johan bagi kategori Sekolah Menengah (bahasa Melayu) dan (bahasa Inggeris) pada pertandingan pidato itu.

DYMM Sultan Perak Saksikan Pertandingan Pidato Diraja Dan Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Tahun 2016

Nur Fatin Izati Binti Milatu Samsi ketika menyampaikan pidatonya dalam pertandingan tersebut bagi kategori (Bahasa Melayu).

Sumber : Korporat, SUK Perak.