MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016 : 14 Ogos 2017

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar menyampaikan sijil pengiktirafan PBT terbaik kepada YBhg Dato' Zamri Bin Man.

IPOH, 14 OGOS 2017 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diiktiraf sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di Malaysia bagi tahun 2016.

Ia diumumkan oleh YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Bin Haji Omar selepas penilaian melalui Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) dilakukan sepanjang tahun lalu.

Menurut beliau, selain MBI, tujuh lagi PBT lain di Perak turut mendapat penarafan lima bintang di bawah SPB-PBT iaitu Majlis Daerah Manjung, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Kampar,  Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

“Terdapat 41 PBT seluruh negara mencapai penarafan lima bintang, tetapi MBI telah berjaya mendapat markah tertinggi dengan 97.45 peratus manakala diikuti dengan Majlis Daerah Manjung dengan 94.75 peratus di tangga ke-9 terbaik negara.

“Buat pertama kali dalam sejarah, MBI telah mendapat tempat pertama secara keseluruhannya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Penduduk sesi 2017-2019 dan Penganugerahan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2016 Bagi Negeri Perak di Ipoh Convention Centre (ICC).

Turut hadir YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri bin Man.

Beliau berkata, kejayaan yang digapai lapan PBT di Perak itu membuktikan keberkesanan sistem pentadbiran yang diamalkan dalam negeri ini di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Perak.

“Tahniah saya ucapkan kepada Perak atas kegigihan serta kerjasama yang diberikan kepada KPKT dalam memastikan rakyat di kawasan bandar atau pun luar bandar dapat hidup dalam keadaan sejahtera,” ujar beliau.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyerahkan watikah pelantikan kepada salah seorang Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang dilantik dalam majlis berkenaan.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bergambar bersama 7 Yang Dipertua (YDP) Majlis yang mendapat penarafan lima bintang.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam majlis yang diadakan.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar ketika berucap dalam majlis berkenaan.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersalaman dengan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

MBI Diiktiraf PBT Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2016

 YBhg Dato' Zamri Bin Man bersama sebahagian pegawai dan kakitangan MBI selepas diiktiraf selaku PBT terbaik peringkat kebangsaan 2016.

Sumber : Korporat, SUK Perak.