SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut : 31 Ogos 2017

SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut

DYMM Sultan Nazrin Shah bersama YAB Dato' Seri Zambry Bin Abdul Kadir dalam upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

IPOH, 31 OGOS 2017 - Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut Kontinjen Kawad Terbaik bagi kategori Jabatan Kerajaan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, sejurus selesai upacara perbarisan kontinjen.

Turut mengiringi baginda dalam sesi penyampaian hadiah, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan dan penghargaan kepada bekas veteran tentera dan bekas penjawat awam yang berjasa mempertahankan negara.

Sementara itu bagi kategori Kontinjen Pakaian Terbaik Keseluruhan pula dimenangi oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Pancaragam Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet, Ipoh pula berjaya mengungguli kategori Pancaragam Kawad Terbaik.

Tidak ketinggalan kontinjen dari Daerah Kinta menjadi johan bagi kategori Kontinjen Daerah.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pula berjaya memperoleh johan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun/NGO/Swasta.

Johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan telah menerima RM3,000 berserta plak dan sijil.

Terdahulu sebanyak 107 kontinjen mengambil bahagian bersempena sambutan tahun ini, ia melibatkan jabatan dan agensi kerajaan termasuk IPTA dan sekolah yang bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”.

SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut

DYMM Sultan Nazrin Shah bersama YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika ditemui bersama pasukan kawad kaki SUK Perak yang muncul juara dalam sambutan Hari Kemerdekaan 2017.

SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut

DYMM Sultan Nazrin Shah bersama DYMM Tuanku Zara Salim bersama tetamu kehormat yang hadir dalam sambutan Hari Kebangsaan di Dewan Bandaran.

SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut

Pasukan Kawad SUK Perak muncul juara kawad kaki buat kali kedua berturut-turut dalam kategori agensi kerajaan.

SUK Perak Mengekalkan Kejuaraan Kawad Kali Kedua Berturut-Turut

YB Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan ketika lintas hormat skuad kawad SUK Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.