Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah : 22 September 2017

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan ucapan dalam program berkenaan.

LUMUT, 22 SEPTEMBER 2017 - Mufti Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj Harussani Bin Haji Zakaria dinobatkan sebagai Tokoh Ar-Ridzuan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak Tahun 1439 Hijrah/2017 Masihi yang berlangsung di Dewan Shariff Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Menurut beliau, dirinya tidak menyangka akan terpilih sebagai penerima anugerah tersebut selain menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana keimanannya.

“Saya anggap anugerah ini sebagai satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana keimanan saya sebagai Muslim sejati, sama ada akan menjadi bongkak atau sebaliknya,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus berpegang kepada prinsip berkata benar biarpun pahit.

“Perkara ini saya gunakan untuk menegur pemimpin bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Katakan yang benar sekalipun pahit kerana yang benar tuhan akan tolong. Beri idea sejujurnya supaya negara ini dapat dibangunkan sebagai negara Islam yang unggul," katanya.

Sementara itu, Tokoh Maal Hijrah disandang bekas Ketua Hakim Syarie Perak, YBhg Dato’ Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf.

Beliau yang berusia 72 tahun berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Perak sejak 2006 sehingga 2011 di Mahkamah Syariah Ipoh dan kini dilantik sebagai panel Hakim Mahkamah Syariah Rayuan Perak.

Pemilihan YBhg Dato’ Abdul Aziz yang pernah melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Undang-Undang ini berikutan jasanya dalam bidang perundangan Islam.

Majlis Penyampaian anugerah disempurnakan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

 

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan anugerah Tokoh Ar-Ridzuan kepada Mufti Perak,Tan Sri Hj  Harussani Bin Haji Zakaria sempena sambutan Maal Hijrah.

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima dalam sambutan Maal Hijrah tersebut.

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

DYMM Sultan nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima dalam sambutan Maal Hijrah berkenaan.

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

DYMM Sultan nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima dalam sambutan itu.

Mufti, Bekas Ketua Hakim Syarie Terima Pengiktirafan Maal Hijrah

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima dalam majlis terbabit.

Sumber : Korporat, SUK Perak.