Putera Charles Adakan Lawatan Ke Negeri Perak : 4 November 2017

Putera Charles Adakan Lawatan Ke Negeri Perak

Putera Charles mengatakan sesuatu kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena lawatan ke Royal Belum.

TAIPING, 4 NOVEMBER 2017 - Lawatan sehari pewaris takhta Britain, Putera Charles ke Perak, dimulakan dengan menziarahi Tanah Perkuburan Perang Taiping atau dikenali sebagai Taiping War Cemetery.

Lawatan itu bertujuan untuk mengimbas kembali perjuangan dan pengorbanan tentera British dan Komanwel sewaktu Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Putera Charles yang tiba di tanah perkuburan itu pada kira-kira jam 1.20 petang diiringi oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri S.Devamany dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Sebaik tiba di lokasi tersebut, baginda menziarahi kubur yang terdiri daripada perkuburan Islam, India, Buddha serta Kristian. Putera Charles menyempurnakan simbolik lawatan dengan meletakkan kalungan bunga di monumen tanah perkuburan itu, lalu bertafakur sejenak sebagai tanda penghormatan.

Selesai upacara itu, baginda berkenan untuk menemui individu yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara tanah perkuburan itu, selain beramah mesra dengan veteran perang dari pelbagai negara.

Pada sekitar jam 2.30 petang, Putera Charles dan rombongan bergerak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum memulakan lawatan ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik.

Tanah Perkuburan Perang Taiping merupakan perkuburan tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dan zaman darurat menentang komunis.

Dianggarkan lebih 850 anggota tentera yang terkorban disemadikan di situ termasuk lebih 500 korban lain yang tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, selain Perak, pasangan diraja itu turut di jadual melakukan lawatan ke beberapa lokasi di Perak, Sarawak dan Pulau Pinang serta menyertai beberapa program penting sempena lawatan itu hingga 8 November 2017.

Putera Charles Adakan Lawatan Ke Negeri Perak

Putera Charles ketika mengadakan lawatan ke Royal belum.

Putera Charles ketika mengadakan lawatan ke Royal belum

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Putera Charles ketika menaiki bot ke Royal Belum.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Putera Charles ketika menaiki bot ke Royal Belum

Putera Charles memberi penghormatan kepada bekas-bekas perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Ke II (1).

Putera Charles memberi penghormatan kepada bekas-bekas perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Ke II (1)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika bertitah sempena lawatan Putera Charles ke Royal Belum.
 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika bertitah sempena lawatan Putera Charles ke Royal Belum Putera Charles beramah mesra dengan waris-waris parajurit yang terkorban semasa Perang Dunia II  (2).
 Putera Charles Adakan Lawatan Ke Negeri Perak  Putera Charles menandatangani buku pelawat yang disediakan di Cemetary War di Taiping.

Sumber : Korporat, SUK Perak.