331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak : 5 November 2017

331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

Sultan Nazrin Shah berkenan bertitah sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-61.

KUALA KANGSAR, 5 NOVEMBER 2017 - YABhg Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman mendahului senarai 31 penerima Darjah Kebesaran Perak sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, di Istana Iskandariah.

Tan Sri Zainal Rahim dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Brig Jen (K) Tan Sri Dr Mohd Khamil Bin Jamil masing-masing dianugerahi Darjah Seri Paduka Diraja Mahkota Perak membawa gelaran Dato’ Seri yang disempurnakan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berangkat pada istiadat itu DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sultan Nazrin Shah juga berkenan menganugerahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima kepada Panglima Tentera Darat, YABhg Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Seri Noor Rashid Ibrahim.

Seramai tiga individu dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Dato’ iaitu YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Dato’ Rusnah Binti Kassim.

Dua lagi penerima YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Negeri Dato’ Samsudin Bin Abu Hassan serta Pengarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd, YBhg Dato’ Kamarulbahrin Bin Zainuddin.

Sultan Nazrin Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ kepada 20 penerima antaranya Pengarang Kumpulan New Straits Times Encik Yushaimi Bin Maulud Yahaya, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak YB Dato’ S.Thangasvari, Duta Besar Malaysia ke Lubnan T. Balachandran dan Bekas Naib Canselor Universiti Nottingham Prof Sir David Greenaway.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan kepada empat individu iaitu Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak YDH Dato’ Mazlan Bin Santarai dan Ketua Polis Selangor YDH Dato’ Mazlan Bin Mansor.

Dua lagi penerima adalah Pakar Pergigian Markas Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Dr Borhan Bin Jasmin dan Markas Logistik Barat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut Laksamana Muda Mohammed Ariff Bin Mahru.

Terdahulu Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Norhejeri Bin Shamsuddin.

Pada tahun ini, Sultan Nazrin Shah berkenan menganugerahkan 331 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda.

331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan ucapan sempena Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak.

331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

Raja Jaafar Raja Muda Musa bertitah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.

331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

Sultan Nazrin Shah dan Tunku Zara Salim berkenan berangkat ke Balairong Seri sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-61.

331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersama segelintir pemimpin negeri yang dianugerahkan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
331 Individu Terima Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menganugerahkan pingat Darjah Seri Paduka Diraja Mahkota Perak membawa gelaran Dato’ Seri kepada Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman

Sumber : Korporat, SUK Perak.