SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017 : 19 November 2017

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

Encik Khairul Amir bin Mohamad Zubir mengalungkan pingat kepada Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dalam majlis penutup kejohanan berkenaan.

KAMPAR, 19 NOVEMBER 2017 - SUK Perak meraih kedudukan ketiga pada kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak 2017 yang berlangsung di Kampar pada 17-19 November lalu.

Dalam kejohanan yang mempertandingkan 10 acara sukan itu, SUK meraih tempat pertama dalam acara bola jaring, tempat kedua bagi acara golf, ping pong dan bowling manakala tempat ketiga untuk acara sepak takraw.

Kejayaan SUK meraih tempat ketiga itu bagaimanapun gagal mengatasi pencapaian kedua yang disandang pada tahun lalu.

Selain itu, kejohanan sukan tahunan yang melibatkan penyertaan 16 PBT seluruh Perak itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah muncul juara manakala tempat kedua disandang Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Perasmian penutup untuk kejohanan itu telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bergambar bersama pasukan sepak takraw SUK Perak yang memenangi tempat ketiga.

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

SUK Perak muncul juara dalam acara bola jaring dalam kejohanan tersebut.

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bergambar bersama atlet SUK Perak yang memenangi pingat dalam kejohanan itu.

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Sukan PBT Perak 2017.

SUK Perak Raih Tempat Ketiga Sukan PBT Perak 2017

SUK Perak antara pemenang yang menerima pingat dalam kejohanan berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.