Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara SUK Perak Dan Media : 13 Disember 2017

Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara Suk Perak Dan Media

Pasukan SUK Perak berjaya menjadi juara keseluruhan dalam pertandingan tersebut.

IPOH, 13 DISEMBER 2017 - Seramai 80 individu terdiri daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK Perak) dan agensi media seluruh negeri telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling Antara Pasukan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Pasukan Media di Ipoh Bowl, Kinta City.

Pertandingan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) selaku penaja itu telah dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Selain itu, pertandingan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal, Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Zamri Bin Man dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said. 

Antara objektif utama pertandingan tersebut dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ketua jabatan kerajaan negeri di samping menghargai peranan media selaku entiti yang menyalurkan informasi kepada masyarakat.

Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara Suk Perak Dan Media

Ketua Wartawan Utusan Perak, Encik Syed Mohd Hesyam Bin Syed Idris mendapat tempat pertama kategori lelaki dalam pertandingan tersebut.

<Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara Suk Perak Dan Media

Encik Faiz Bin Saad mendapat tempat pertama kategori lelaki untuk Pasukan YB Setiausaha Kerajaan.

Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara Suk Perak Dan Media

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan bersama kakitangan SUK Perak dan agensi media seluruh Perak bergambar sempena pertandingan tersebut.

Pertandingan Tenpin Boling Eratkan Hubungan Antara Suk Perak Dan Media

Wartawan Sinar Harian Perak, Cik Noor Ainon Mohamed Yusof meraih tempat pertama dalam pertandingan berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.