5,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Tahun Baru 2018 : 1 Januari 2018

5,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Tahun Baru 2018

Persembahan daripada golongan belia turut menyerikan lagi sambutan ambang tahun baru yang dilangsungkan.

IPOH, 1 JANUARI 2018 - Seramai 5,000 pengunjung membanjiri program Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 Peringkat Negeri Perak di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Program berkenaan diserikan dengan kemunculan istimewa penyanyi terkenal, Dato’ Jamal Bin Abdillah yang mendendangkan gabungan medley antara lagu hitsnya seperti Aku Penghiburmu, Gadis Melayu dan Kekasih Awal dan Akhir.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan lebih 20 persembahan tarian dan nyanyian kebudayaan pelbagai genre antaranya tarian Melayu daripada Tiungmas dan pemuzik tempatan, The Youngstarz.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi hadir bagi melancarkan program berkenaan.

Detik ambang tahun baharu disempurnakan dengan gimik pelancaran pemasangan permainan puzzle Touring Perak Board Game dan percikan bunga api.

Penutup program berkenaan digamatkan dengan persembahan nyanyian penyanyi yang namanya sedang meningkat, iaitu Nabila Binti Razali.

5,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Tahun Baru 2018

Kumpulan Selendang Perak antara yang melakukan persembahan pada malam ambang tahun baru itu.

5,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Tahun Baru 2018

Tarian tradisional masyarakat kaum India turut dipersembahkan pada malam ambang tahun baru tersebut.

5,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Tahun Baru 2018

Sebahagian pengunjung yang menyertai sambutan ambang tahun baru.

Sumber : Korporat, SUK Perak.