Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara : 28 Januari 2018

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah menyampaikan  hadiah kemenangan kepada juara kategori lelaki terbuka.

KAMPAR, 28 JANUARI 2018 - Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 yang dianjurkan buat julung kali bertujuan menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara khususnya yang meminati sukan basikal lasak.

Pengerusi Eksekutif Kejohanan, Datuk Mohammad Shaharul Hashri Mahmood berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ia dibuktikan melalui penyertaan 1300 peserta dalam serta luar negara.

"Kita gembira dengan jumlah penyertaan yang cukup menggalakkan dan pada masa sama kejohanan ini turut berjaya menarik minat peserta luar negara seperti dari Thailand, Singapura, Myanmar dan Sweden.

"Penganjuran kejohanan ini juga bertepatan untuk melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan berdaya saing selain mampu mengukuhkan ukhwah dan tali persaudaraan," katanya ketika ditemui pada sidang media di Sahom Valley Resort, di sini, petang tadi.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 itu turut melibatkan lapan kategori mengikut had umur dan jantina.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah terbuka, veteran (51 tahun ke atas), junior (18 tahun ke bawah) dan senior (41 tahun hingga 50 tahun).

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Brooks dan Milo yang membantu dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

"Terima kasih di atas sokongan anda semua dan kita harap akan lebih ramai lagi pihak lain termasuk individu perseorangan membantu untuk menjayakan program tersebut di masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya bercadang untuk menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan sekali gus menjadi pemangkin dalam usaha menarik minat golongan belia untuk bergiat aktif dalam sukan basikal lasak.

"Kita juga berharap kejohanan seumpama ini mampu diangkat ke peringkat yang lebih tinggi setanding kejohanan antarabangsa seperti Le Tour De Langkawi," katanya.

Kejohanan itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Pihak urusetia menyampaikan cenderahati kepada Raja Dihilir Perak sebagai tanda kenangan.

 

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim menyampaikan hadiah kemenangan kepada juara kategori wanita terbuka.  

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Gelagat para peserta jambori sambi mengangkat basikal.

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Antara aksi-aksi para peserta jambori.

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Seramai 1300 peserta menyertai pertandingan kali ini.

Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 Tarik Kedatangan Pelancong Dalam Dan Luar Negara

Raja Dihilir Perak bergambar bersama ahli jawatankuasa Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018.

Sumber : Korporat, SUK Perak.