Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai : 20 Februari 2018

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

YB Dato' Seri Haji Fadillah meninjau kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di sekolah tersebut.

PARIT BUNTAR, 20 FEBRUARI 2018 - Masalah banjir kilat yang kerap melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, di sini sejak sepuluh tahun lalu bakal diselesaikan menerusi perlaksanaan projek tebatan banjir bernilai RM2 juta di kawasan sekolah berkenaan.

YB Menteri Jabatan Kerja Raya, Dato’ Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof berkata, perlaksanaan projek sistem perparitan lebih efektif sepanjang 800 meter dijangka mampu menyelesaikan masalah banjir kerap melanda bangunan kelas dan bilik guru SMK Panglima Bukit Gantang dengan kadar segera.

Menurutnya, projek dijangka disiapkan pada Julai 2018 ini juga bukan sahaja bakal menyelesaikan masalah banjir melibatkan sekolah berkenaan, malah turut memberi manfaat kepada kawasan perumahan dan kampung berhampiran yang turut terjejas banjir sebelum ini.

"Dalam rangka lawatan kerja ke sekolah itu sebelum ini, saya sudah dimaklumkan mengenai masalah sistem perparitan tidak sempurna yang menjadi punca kepada berlakunya kekerapan banjir kilat melibatkan bangunan sekolah.

"Berikutan itu, saya sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengkaji semula keberkesanan sistem perparitan yang bukan sahaja melibatkan SMK Panglima Bukit Gantang, malah turut melibatkan sistem perparitan kawasan pusat komersil dan taman perumahan berdekatan.

"Hasilnya, kerajaan pusat meluluskan pelaksana projek tebatan banjir yang turut dilengkapi kolam takungan air hujan bagi memastikan masalah banjir kilat di sekolah berkenaan dan kawasan berhampiran dapat diselesaikan," katanya sewaktu mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir di SMK Panglima Bukit Gantang, di sini hari ini.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Dato’ Mat Lazim Bin Idris.

Sementara itu, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan selaku alumni pelajar SMK Panglima Bukit Gantang amat berterima kasih terhadap inisiatif kerajaan pusat dan Dato’ Seri Haji Fadillah yang bertungkus-lumus mendapatkan peruntukan bagi memastikan sekolah itu tidak lagi dilanda banjir.

"Pada waktu saya belajar di sini dahulu, tidak timbul masalah banjir kilat kerana sekolah ini dikelilingi kebun sawit dan hutan belukar pada ketika itu.

"Namun, zaman sudah berubah dan kawasan sekeliling sekolah kini mula mengalami pembangunan pesat sehingga wujud sebuah kompleks membeli-belah, hospital dan beberapa taman perumahan.

"Justeru, kerajaan negeri amat berterima kasih kepada YB Dato’ Seri Haji Fadillah kerana tidak lupa membantu sekolah yang pernah menjadi tempat dirinya menimba ilmu satu ketika dahulu," katanya.

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

YB Dato' Seri Haji Fadillah bergambar bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan sebahagian daripada pegawai kerajaan yang turut serta dalam program tersebut.

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

YB Dato' Seri Haji Fadillah tekun mendengar taklimat daripada salah seorang pekerja JKR yang terlibat dalam pembinaan tebatan banjir di sekolah berkenaan.

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

YB Dato' Seri Haji Fadillah disambut segelintir pelajar perempuan SMK Panglima Bukit Gantang.

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

Pengetua SMK Panglima Bukit Gantang menyerahkan majalah sekolah kepada YB Dato' Seri Haji Fadillah sebagai tanda kenang-kenangan.

Masalah Banjir Kilat Yang Kerap Di Sekolah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang Bakal Selesai

YB Dato' Seri Haji Fadillah disambut segelintir pelajar perempuan SMK Panglima Bukit Gantang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.