DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran : 23 Februari 2018

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qariah negeri, Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid.

IPOH, 23 FEBRUARI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak 1439 Hijrah/2018 Masihi di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini malam tadi.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tuanku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim.

Keberangkatan baginda diiringi oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Dato’ Mohd Nizar Bin Zakaria serta YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato’ Mohd Yusop Bin Husin.

Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan hadiah kepada johan qari dan qariah negeri, Dr Anuar Bin Hasin dan Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid yang masing-masing bakal mewakili Perak di peringkat kebangsaan mulai 30 Mac ini di Putrajaya.

Kedua-dua pemenang tersebut masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM7,500, plak, sijil, hadiah iringan serta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.

Sementara itu, Amril Syafiq Bin Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Mahirah Binti Ridzuan dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 11 Ipoh masing-masing diumumkan sebagai pemenang bagi kategori menghafaz al-Quran juzuk 1-30.

Kategori juzuk 1-20 pula dimenangi oleh Muhammad Dzulfaqor Mohd. Zaine dan Puteri Balqis Roslan sementara pemenang bagi kategori juzuk 1-10 juzuk disandang oleh Haziq Muhsin Mohd Nizam dan Nurin Adriana Yaffan Arkam.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Nurin Adriana Binti Yaffan Arkam yang memenangi kategori  juzuk al-Quran 1-10.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Haziq Muhsin Bin Mohd Nizam yang memenangi kategori al-Quran juzuk 1-10.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Puteri Balqis Binti Roslan yang memenangi kategori juzuk al-Quran 1-20.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada johan qari negeri, Dr Anuar Bin Hasin.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Mahirah Binti Ridzuan yang memenangi kategori al-Quran juzuk 1-30.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Muhammad Dzulfaqor Mohd. Zaine yang menjadi johan bagi kategori al-Quran juzuk 1-20.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Hadiah Tilawah Al-Quran

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Amril Syafiq Bin Ahmad yang memenangi kategori al-Quran juzuk 1-30.

Sumber : Korporat, SUK Perak.